Page 184 - rise 2017
P. 184
Institusi Pengajian Tinggi (IPT). Oleh sebab e-Pembelajaran telah dikenal pasti sebagai salah satu Projek
Agenda Kritikal dan Bidang Keberhasilan Utama KPT, satu kajian komprehensif tentang amalan,
keberkesanan dan cabaran pelaksanaan e-Pembelajaran di IPT Malaysia telah dijalankan dengan biaya
daripada KPT bagi menjayakan Projek Agenda Kritikal: e-Learning. (Mohamad Amin Embi, 2010).
Melalui Pelan Strategik Penddikan Tinggi Negara (PSPTN) serta Bidang Keberhasilan Utama
Negara (NKRA). Menurut Yusof (2011), ia berupaya meningkatkan politeknik agar menjadi laluan
alternatif untuk melahirkan modal insan berkemahiran tinggi dan berkualiti yang mencukupi bagi
menjayakan ekonomi baharu yang berlandaskan inovasi dan kreativiti. Antara agenda transformasi yang
digubal adalah kaedah pengajaran dan pembelajaran secara e-learning. Sehubungan itu, Bahagian
Pembangunan dan Penilaian Kurikulum Jabatan Pengajian Politeknik telah membangunkan Sistem
Pembangunan Pembelajaran Sumber Terbuka dan dikenali sebagai Curriculum Information Online
System (CIDOS) untuk digunapakai oleh kesemua 33 buah Politeknik sebagai alternatif mempelbagaikan
kaedah pengajaran sedia ada.
Fokus Kajian
Fokus kajian kami adalah untuk mengenalpasti tahap kesediaan pelajar-pelajar Semester 1, Politeknik
Hulu Terengganu terhadap penggunaan e-learning di dalam pengajaran dan pembelajaran mereka.
Langkah awal ini penting untuk penambahbaikan terhadap kesediaan, kemahiran dan faktor-faktor
dorongan yang dapat miningkatkan lagi aktiviti pengajaran dan pembelajaran pelajar di masa akan
datang.
Objektif Kajian
Objektif Am
1. Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti tahap kefahaman dan penerimaan pelajar – pelajar
Semester 1 terhadap perubahan sistem Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) di Politeknik Hulu
Terengganu.
Objektif Khusus
1. Mengenalpasti tahap kemahiran pelajar Semester 1 terhadap penggunaan sistem pembelajaran
secara e-learning di Politeknik Hulu Terengganu.
2. Mengenalpasti faktor - faktor dorongan yang mempengaruhi para pelajar Semester 1 Politeknik
Hulu Terengganu untuk menggunakan sistem e-learning.
Kumpulan Sasaran
Kumpulan sasaran kajian ini terdiri daripada 48 orang responden iaitu 27 orang responden dari pelajar
Diploma Pengurusan Pelancongan dan 21 orang pelajar dari Program Diploma Akauntansi, Semester
Satu sesi Disember 2016.
Perlaksanaan Kajian
Kaedah kajian yang digunakan adalah secara kaedah kuantitatif melalui proses pengumpulan data soal
selidik.
Soal Selidik
Penyelidik telah menyediakan borang soal selidik untuk mengenalpasti jawapan bagi Tahap Kesediaan
Pelajar Semester Satu terhadap penggunaan E-Learning di dalam Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) di
Politeknik Hulu Terengganu. Borang tersebut diedarkan kepada 48 responden iaitu orang responden iaitu
27 orang responden dari pelajar Diploma Pengurusan Pelancongan dan 21 orang pelajar dari Program
Diploma Akauntansi, Semester Satu sesi Disember 2016. Borang soal selidik kajian mengandungi 4
bahagian iaitu Bahagian A, mengenalpasti demografi responden. Bahagian B, mengenalpasti tahap
kefahaman dan penerimaan pelajar semester satu terhadap perubahan sistem pengajaran dan
pembelajaran di Politeknik Hulu Terengganu. Bahagian C, mengenalpasti tahap kemahiran pelajar
Semester 1 terhadap penggunaan sistem pembelajaran secara e-learning di Politeknik Hulu Terengganu