Page 183 - rise 2017
P. 183
TAHAP KESEDIAAN PELAJAR SEMESTER 1, POLITEKNIK HULU TERENGGANU
TERHADAP PENGGUNAAN E-LEARNING DI DALAM PENGAJARAN DAN
PEMBELAJARAN (P&P)
Hasrol Bin Hasnan, Firdaus Bin Mohamad Sharif & Fahimdin Bin Mohd Yusof @ Kamal
Politeknik Hulu Terengganu, Terengganu
hasrol@pht.edu.my
Abstrak
Tujuan kajian ini dijalankan untuk mengenalpasti tahap kesediaan dalam kalangan pelajar Semester 1,
Politeknik Hulu Terengganu terhadap penggunaan e-learning di dalam pengajaran dan pembelajaran
(P&P) mereka. Responden yang terlibat adalah 48 orang pelajar semester satu Program Diploma
Pengurusan Pelancongan dan Diploma Akauntansi Sesi Disember 2016, Politeknik Hulu Terengganu.
Terdapat tiga objektif dalam kajian ini iaitu mengenalpasti tahap kefahaman dan penerimaan kaedah
pengajaran dan pembelajaran pelajar, kemahiran pembelajaran secara online pelajar dan faktor-faktor
dorongan yang mempengaruhi para pelajar untuk menggunakan sistem online. Kaedah kajian yang
digunakan ialah kaedah kuantitatif. Pengumpulan data kajian dibuat melalui edaran borang soal selidik
kepada kesemua responden. Hasil kajian mendapati bahawa pelajar mempunyai kefahaman yang baik
dalam mengaplikasikan penggunaan sistem pembelajaran e-learning di politeknik dengan min sebanyak
4.16. Penerimaan pelajar Semester 1 Sesi Disember 2016 terhadap perubahan kaedah pembelajaran
secara konvensional di sekolah kepada kaedah pembelajaran e-learning secara atas talian dapat diterima
baik oleh pelajar berkenaan. Keterangan ini diperkukuhkan dengan nilai min sebanyak 4.18. Bagi aspek
dorongan pelajar, didapati bahawa dorongan dari para pensyarah telah banyak membantu para pelajar di
dalam penggunaan aplikasi e-learning di politeknik dengan nilai min 4.31.Faktor ini didorong oleh
arahan pelaksanaan oleh Bahagian Instruksional dan Pembangunan Digital (BIPD) Jabatan Pendidikan
Politeknik yang mewajibkan kesemua kursus baharu, menggunakan platform e-learning sebagai satu
kaedah pengajaran dan pembelajaran di Politeknik seluruh Malaysia. Namun bagi tahap kemahiran
pelajar, didapati hampir keseluruhan pelajar masih memerlukan latihan dan bimbingan berkaitan
kemahiran pembelajaran e-learning secara atas talian di politeknik. Nilai min tertinggi bagi aspek ini
adalah dengan nilai 4.18. Faktor ini didorong oleh hampir keseluruhan pelajar masih lagi di dalam fasa
penyesuaian diri dari kaedah konvensional kepada kaedah e-learning.
Kata kunci: Kesediaan, E-learning dalam P&P, Pelajar, Politeknik
Refleksi Kajian
Menurut garispanduan konsep pembelajaran teradun atau blended learning mendefinasikan operasi (OD)
Mod Blended atau pembelajaran teradun yang di gunakan adalah merujuk kepada kursus yang
mempunyai campuran pendekatan pembelajaran mod online dan mod pembelajaran bersemuka dengan
30% - 80% kandungan dan aktiviti kursus dikendalikan secara online sama ada menyokong atau
menggantikan pembelajaran bersemuka (CAP eLearning 2014, KPM).
Konsep Pembelajaran Teradun yang ingin diamalkan di semua Politeknik-Politeknik Malaysia
akan memberi fokus kepada pedagogi abad ke-21 yang mengabungkan pembelajaran tradisional
(bersemuka) dan pembelajaran secara atas talian. Jabatan Pengajian Politeknik berdasarkan keputusan
CAP e-Pembelajaran KPM (2014) telah menetapkan bahawa 50% dari kursus yang anjurkan oleh IPTA
mestilah berlaku secara atas talian menggunakapakai pendekatan Pembelajaran Teradun. Pelaksanaan ini
akan bermula dari 2014.
Perkembangan pesat bidang Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) telah menuntut semua
Institusi Pengajian Tinggi agar bergerak pantas dalam membudayakan e-Pembelajaran di kalangan
pensyarah dengan para pelajarnya. Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) telah membangunkan 21 Projek
Agenda Kritikal (Critical Agenda Project atau CAP) yang setiap satunya mempunyai objektif strategik
dan indikator-indikator serta sasaran yang perlu dicapai melalui pelbagai aktiviti yang telah dirangka dan
perlu dilaksanakan sama ada di peringkat KPT atau Agensi-agensi di bawah KPT termasuk semua