Page 187 - rise 2017
P. 187

Faktor dorongan pelajar
             Analisa data daripada soalan selidik yang telah dijalankan mendapati bahawa factor dorongan semester 1,
             Politeknik  Hulu  Terengganu  terhadap  penggunaan  e-learning  di  dalam  pengajaran  dan  pembelajaran
             dalam kalangan pelajar adalah seperti berikut

            Jadual 4
            Faktor dorongan semester 1 terhadap penggunaan e-learning di dalam pengajaran dan pembelajaran

                                      SKALA                                 MIN

                             BAHAGIAN D : FAKTOR DORONGAN PELAJAR
             D1    Kemudahan dan capaian internet mempengaruhi penggunaan aplikasi   4.20
                   e-learning di Politeknik Hulu Terengganu
             D2    Dorongan dari pensyarah banyak membantu saya di dalam    4.31
                   penggunaan aplikasi e-learning
             D3    Saya mempunyai kesedaran diri yang tinggi terhadap penggunaan   4.19
                   aplikasi e-learning sebagai kaedah pembelajaran.
             D4    Kemudahan dan capaian internet di luar kawasan politeknik
                   mempengaruhi saya untuk menggunakan aplikasi e-learning    4.17
             D5    Ganjaran yang disediakan  mempengaruhi saya untuk menggunakan   4.02
                   aplikasi e-learning

                  Analisa dari aspek faktor dorongan pelajar, didapati bahawa dorongan dari para pensyarah telah
             banyak membantu para pelajar di dalam penggunaan aplikasi e-learning di Politeknik Hulu Terengganu
             dengan nilai min 4.31.Faktor ini didorong oleh arahan pelaksanaan oleh Bahagian Instruksional dan
             Pembangunan Digital Jabatan Pendidikan Politeknik yang mewajibkan kesemua kursus baharu
             menggunakan platform e-learning sebagai satu kaedah pengajaran dan pembelajaran di Politeknik seluruh
             Malaysia.
                  Faktor  kedua  tertinggi  yang  mendorong  pelajar  ialah  kemudahan  capaian  internet  yang  baik
             untuk  membantu  pelajar  mengakses  serta  menggunakan  platform  e-learning  untuk  pembelajaran  dan
             pengajaran  mereka.Kemudahan  dan  capaian  internet  Ini  diwakili  oleh  nilai  min  4.20  yang  merujuk
             kepada faktor kepada kepuasan pelajar Politeknik Hulu Terengganu terhadap kemudahan capaian internet
             di Politeknik.
                  Selain  daripada  itu,  pelajar  juga  didapati  mempunyai  tahap  kesedaran  yang  tinggi  terhadap
             penggunaan aplikasi e-learning di dalam pembelajaran dan pengajaran mereka yang juga didorong oleh
             pensyarah serta pendedahan awal yang diberikan oleh pegawai e-learning sewaktu minggu suai kenal.

             Kesimpulan
             Secara umumnya, daripada data yang keseluruhan yang diperolehi, ia menunjukkan bahawa para pelajar
             semester  satu  sesi  Disember  2016,  Politeknik  Hulu  Terengganu  memahami  dengan  jelas  kaedah
             pembelajaran e-learning serta dapat mengaplikasikan sistem e-learning berkenaan di dalam setiap kursus
             yang mereka pelajari bagi semester semasa dengan baik.
                  Kebanyakan  pelajar  dapat  menerima  perubahan  terhadap  kaedah  pembelajaran  secara
             konvensional  di  sekolah  kepada  kaedah  pembelajaran  e-learning  secara  atas  talian  di  Politeknik.Ini
             membuktikan  bahawa  pelajar  yang  terlibat  memahami  perbezaan  sistem  pembelajaran  secara
             konvensional di sekolah berbanding dengan sistem pembelajaran e-learning yang dilakukan secara atas
             talian di Politeknik Hulu Terengganu.
                  Melalui dapatan di atas juga, menunjukkan bahawa para pelajar yang terlibat di dalam kajian ini,
             dapat menggunakan platform e-learning sebagai salah satu platform utama mereka bagi aktiviti di dalam
             kelas dan semasa di luar waktu kelas. Pelajar dengan mudah dapat memuat turun nota-nota berkaitan
             sebelum  sesi  kelas  bermula  yang  juga  membantu  memudahkan  para  pelajar  untuk  memahami  sesuatu
             subjek kerana pelajar boleh mengulangkaji nota yang telah di muat turun sebelum sesi kelas bermula.
   182   183   184   185   186   187   188   189   190   191   192