Page 188 - rise 2017
P. 188

Dorongan yang tinggi daripada pensyarah kursus telah banyak membantu para pelajar di dalam
             penggunaan aplikasi e-learning pelajar semester satu di Politeknik Hulu Terengganu. Faktor ini disokong
             oleh  kemudahan  capaian  internet  yang  baik  di  Politeknik  yang  secara  tidak  langsung  membantu  dan
             memudahkan  pelajar  mengakses  serta  menggunakan  platform  e-learning  untuk  pembelajaran  dan
             pengajaran mereka.
                  Walaubagaimanapun,  kebanyakan  pelajar  didapati  masih  memerlukan  latihan  dan  bimbingan
             yang berterusan untuk meningkatkan tahap kemahiran pelajar di dalam penggunaan sistem e-learning di
             Politeknik. Perubahan teknologi ICT yang cepat mengikut peredaran masa menyebabkan pelajar yang
             baru dengan aplikasidi atas talian ini menghadapi masalah untuk memahirkan diri mereka menggunakan
             platform e-learning ini di Politeknik Hulu Terengganu.

             Cadangan Penambahbaikan
             Hasil daripada kajian ini, penyelidik telah mencadangkan beberapa cadangan penambahbaikan bagi
             mengatasi kelemahan yang di dapati dari kajian :-

                     a.  Pensyarah kursus atau penasihat akademik perlu memberi bimbingan dan latihan intensif
                        kepada pelajar secara berkala atau berjadual.
                     b.  Pelajar  perlu  di  dedahkan  kepada  perubahan  teknologi  yang  terkini  terutama  yang
                        berkaitan aplikasi e-learning.
                     c.  Pelajar  perlu  lebih  aktif  untuk  mengambil  inisiatif  sendiri  untuk  memahirkan  diri
                        berkaitan aplikasi e-learning yang menggunakan teknologi semasa.
                     d.  Pihak  institusi  perlu  menitikberatkan  kemudahan  ICT  supaya  ianya  dapat  di  akses
                        dengan  lancar  dan  capaian  internet  yang  lebih  cepat  oleh  para  pelajar  di  kawasan
                        politeknik.
                     e.  Penyelidik  mencadangkan  agar  lebih  banyak  kajian  seperti  ini  dijalankan  untuk
                        Politeknik lain di Malaysia terutamanya berkaitan aplikasi e-learning yang di laksanakan.
                     f.  Penyelidik  mencadangkan  menggunakan  sampel  yang  lebih  besar  untuk  mendapatkan
                        keputusan yang lebih tepat pada masa akan datang.


             Rujukan
             Amin, M. (2010). "Pelaksanaan e-Pembelajaran Menggunakan SPIN"Panduan Amalan Pengajaran &
                  Pembelajaran Berkesan. City, pp. 161-174.
             Atan, N. A., Fun, H. Y., Aris, B., and Noor, N. M. (2006). "Isu-Isu dalam E-Pembelajaran", Y.Boon, M.
                  B. Ali, N. Yahaya, A. R. Idris, and S. M. Salleh, (eds.), Penggunaan Epembelajaran Di UTM.
                  City: UTM Skudai
             Embi, M. (Ed.). (2010). Amalan, Keberkesanan & Cabaran Pelaksanaan e-Pembelajaran di IPT Malaysia.
                  Wilayah Persekutuan Putrajaya: Jabatan Pengajian Tinggi.
             Hambali, Z., Prof Madya Dr, Ramli, R., & Abdul Aziz, A. (2010). Dasar e-Pembelajaran Negara, Institut
                  Pengajian Tinggi. Wilayah Persekutuan Putrajaya: Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia.
             Ismail  Zain  (2002).  Aplikasi  Multimedia  dalam  Pengajaran.  Kuala  Lumpur:  Utusan  Publications  &
                  Distributors Sdn. Bhd.
             Jamil @ Amat, F., & Retas, Z. (2012). Kesediaan Penggunaan E-Learning di Kalangan Pelajar Politeknik
                  Kementerian Pengajian Tinggi, 1-6.
             Junaidi,  J.,  &  Jailani,  M.  (2008).  Faktor-Faktor  Yang  Mempengaruhi  Penggunaan  E-Learning  Di
                  Kalangan Pelajar-Pelajar Tahun Empat, Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia, 1-8.
                  Retrieved February 16, 2017.
             Kassim,  S.,  Mohamad  Rizal  Tan,  M.,  Hilim,  N.,  Ahmad,  N.,  Sahat,  H.,  Mohd  Zain,  N.,  &  Omar, N.
                  (2014).  Garis  Panduan  Amalan  Terbaik  Konsep  Pembelajaran  Teradun  bagi  Politeknik-
                  Politeknik Malaysia (Z. Zainal Abidin, Ed.). Wilayah Persekutuan Putrajaya: BIPD.
             Kassim, Z. b., and Ahmad, A. R. b. "E-Pembelajaran : Evolusi Internet Dalam Pembelajaran Sepanjang
                  Hayat." Presented at Proceedings of Regional Confeence on Knoledge Integration in ICT 2010.
             Masie,  E.  (2000).  Blending  Learning:  The  Magic  is  in  The  Mix.  In  A.  Rosselt  (Ed.).The  ASTD  E-
                  learning handbook: Best practices, strategies, and case studies for an emerging field, (pp.58-63).
                  New York: McGraw-Hill
   183   184   185   186   187   188   189   190   191   192   193