Page 198 - rise 2017
P. 198
Berdasarkan rajah 15, sebahagian besar responden iaitu 50% sangat setuju dan setuju dengan
pertanyaan “ kajian ini merupakan inisiatif untuk pelajar mengetahui tentang kesan kualiti udara”.
Responden tidak memilih kurang setuju, tidak setuju dan sangat tidak setuju.
Rajah 16: Analisa Data Terhadap Audit Kualiti Udara Jab. Kej. Elektrik
Carta Bar di atas merupakan hasil audit yang dijalankan di Jabatan Kejuruteraan Elektrik. Nilai yang
ditunjukkan adalah bacaan tahap kandungan Karbon Dioksida (CO2) yang telah diambil didalam setiap
bilik berhawa dingin yang terdapat di blok tersebut. Carta menunjukan tahap karbon dioksida setiap
ruangan masih berada di bawah tahap standard yang telah ditetapkan. Walaubagaimanapun bacaan setiap
bilik agak tinggi menghampiri 1000 ppm.
Perbincangan
Pencemaran Udara Dalam Bangunan
Kebanyakan kediaman dan bangunan hari ini mempunyai penyaman udara. Namun ramai tidak
mengambil berat mengenai pengaliran udara. Aliran pengudaraan yang lemah menyebabkan bau dan
pencemaran terperangkap di dalamnya, sekaligus menghalang proses pembersihan udara secara semula
jadi. Kajian tahap pencemaran dalaman yang dijalankan oleh Jabatan Keselamatan dan Kesihatan
Pekerjaan (JKKP) di pejabat, hotel, tempat awam dan pusat hiburan mendapati tahap kualiti udara adalah
tidak memuaskan. Kualiti udara dalaman yang tidak sihat akan mendatangkan maslah kesihatan dalam
jangkamasa panjang. Keadaan bilik yang terkurung juga boleh menyebabkan pembikan mikrorganisma
yang tidak baik[3]. Oleh itu sistem aliran udara yang sistematik dan juga penyelengaraan yang berkala
penting untuk mendapatkan kualiti udara yang sihat.
Kesan Kualiti Udara Dalam Bangunan Dan Pembelajaran
Kualiti udara dalam bangunan yang rendah boleh merosakkan mata, hidung, dan kerongkong. Ianya juga
boleh menjadi sumber masalah paru-paru dan kanser[4]. Selain itu ia juga akan menimbulkan masalah
ketidakselesaan seperti bau dan sebagainya. Walaubagaimanapun, kajian keselesaan dalam pengajaran
dan pembelajaran yang berkesan adalah sangat terhad. Ini adalah kerana kesedaran terhadap kualiti udara
didalam bangunan kurang diberikan perhatian. Masalah seperti kurang tumpuan dan juga mengantuk
ketika sesi pembelajaran adalah disebabkan kandungan karbon dioksida (CO2) yang tinggi didalam bilik
darjah. Melalui kajian yang dilakukan di Jabatan Kejuruteraan Elektrik Di Politeknik Merlimau didapati
tahap kesedaran pelajar terhadap kualiti udara dan kesan sampingan CO2 di dalam bangunan berada pada
tahap yang tidak memuaskan. Pemantaun dan kawalan tahap CO2 juga juga tidak dilakukan Antara
cadangan bagi meningkatkan kualiti udara dalaman yang diperolehi daripada kajian ini ialah memastikan
sistem penghawa dingin beroperasi dan diselenggara dengan baik dan meningkatkan tahap kesedaran
mengenai kepentingan kualiti udara dalaman di kalangan pelajar Politeknik.
Kesimpulan
Kualiti udara dalaman sama penting dengan kualiti udara luaran. Oleh itu, jika persekitaran di dalam
sesebuah bangunan adalah dalam keadaan tidak sihat dan tidak bersih akan menimbulkan keadaan kurang
selesa dan masalah kesihatan. Secara keseluruhan dari data yang diambil didapati kualiti udara didalam
bilik kuliah masih mengikut standard piawaian yang di tetapkan. Walaubagaimanapun bacaan yang
diperolehi agak tinggi yang boleh menyebabkan masalah ketidakselesaan dan mengantuk. Sistem aliran