Page 200 - rise 2017
P. 200
Persepsi Pelajar Terhadap Buku “Asas Pedoman Muslim” Sebagai Bahan Rujukan Penilaian
Amali
1
3
2
Mohd Zuhir Bin Abd Rahman , Mohd Khairil Bin Zainal Bahrin , Yusri Bin Yusoff , Rudin Bin Husin 4
Politeknik Nilai, Negeri Sembilan
mdzuhir70@gmail.com
ABSTRAK
Kajian ini bertujuan untuk melihat persepsi pelajar terhadap penggunaan buku Asas Pedoman Muslim
(APM) sebagai bahan rujukan pelajar dalam menghadapi penilaian amali. Dalam menghadapi penilaian
amali, para pelajar tidak mempunyai buku rujukan yang khusus merangkumi semua elemen-elemen
dalam penilaian amali. Justeru, buku APM dilihat sebagai bahan rujukan yang sesuai kerana dihasilkan
secara komprehensif merangkumi semua elemen penilaian amali. Kajian ini adalah kajian lapangan yang
menggunakan borang soal selidik sebagai alat kajian bagi mendapatkan pandangan daripada pengguna.
Soal selidik dianalisis dengan menggunakan perisian komputer SPSS. Seramai 50 orang responden telah
dipilih secara rawak sebagai sampel kajian yang terdiri daripada pelajar Politeknik Nilai Negeri
Sembilan. Dapatan kajian menunjukkan (90.6%) respoden setuju sebagai rujukan amali, dan (89.4%)
responden setuju terhadap kepentingan buku APM sebagai bahan rujukan penilaian amali dan pedoman
dalam melaksanakan fardhu ain.
Kata kunci: Penilaian amali, Asas Pedoman Muslim, fardhu ain
Pendahuluan
Penilaian Amali adalah salah satu kaedah penilaian berterusan yang dilaksanakan bagi kursus-kursus
yang tertentu dalam sistem pendidikan di Politeknik Malaysia. Antara kursus yang mengandungi
Penilaian Amali ialah Pengurusan dalam Islam (DUA2022), serta Sains Teknologi dan Kejuruteraan
dalam Islam (DUA2012). Salah satu komponen penilaian berterusan ialah penilaian amali yang
merangkumi penilaian hafazan bagi surah-surah hafazan yang telah ditentukan, dan bacaan-bacaan dalam
solat serta penilaian terhadap amali solat.
Bagi memastikan para pelajar mendapat bahan rujukan yang sesuai dan merangkumi semua
aspek penilaian amali, maka buku “Asas Pedoman Muslim” (APM) telah dihasilkan sebagai usaha
membantu para pelajar. Buku APM ini telah dihasilkan oleh pensyarah-pensyarah daripada Unit
Pendidikan Islam, Jabatan Pengajian Am, Politeknik Nilai Negeri Sembilan.
Kandungan buku APM adalah merangkumi; Surah-surah Hafazan , Panduan berwuduk dan
tayammum, bacaaan-bacaan dalam mengerjakan solat, wirid dan doa, ma’thurat, Panduan mengerjakan
solat sunat, solat khas, dan solat musafir, Panduan berkaitan mandi hadas, haid dan istihadhah. Buku
APM ini adalah sesuai sebagai bahan rujukan bagi para pelajar dalam membuat persedian untuk
menghadapi Penilaian Amali. Disamping itu, buku APM ini juga boleh dijadikan asas dalam
melaksanakan perkara-perkara asas Fardhu Ain dalam menjalani kehidupan seharian di kampus.
Manakala dari aspek fizikal, buku APM juga dihasilkan dalam saiz kecil dan mudah dibawa oleh pelajar
sepanjang masa (user friendly).
Objektif Kajian
Secara dasarnya objektif kajian ini adalah untuk:
(i) menjelaskan persepsi pelajar terhadap kandungan buku “Asas Pedoman Muslim” sebagai bahan
rujukan dalam menghadapi penilaian amali.
(ii) membincangkan kepentingan buku APM kepada pelajar sebagai bahan rujukan yang
merangkumi semua elemen penilaian amali.