Page 201 - rise 2017
P. 201
Permasalahan Kajian
Komponen penilaian berterusan mengandungi aspek penilaian amali yang terdiri daripada ayat-ayat
hafazan, bacaan-bacaan dalam solat, dan amali solat. Berdasarkan pemerhatian dan semakan yang
dijalankan, tidak ada satu bahan rujukan yang sesuai dan merangkumi semua aspek penilaian amali yang
mampu menjadi rujukan yang lengkap dan sempurna kepada pelajar. Justeru, buku APM dilihat sebagai
bahan rujukan yang sesuai dalam melaksanakan penilaian amali. Walau bagaimanapun, bagi memastikan
bahan rujukan yang terdapat dalam buku APM sesuai dengan keperluan pelajar dan memenuhi aspek
penilaian amali, maka satu kajian telah dilaksanakan bagi mendapatkan pandangan dan persepsi pelajar
terhadap kandungan buku APM dan kepentingan buku APM sebagai bahan rujukan yang merangkumi
semua aspek penilaian amali.
Metodologi Kajian
Dalam melaksanakan kajian ini, kaedah kajian yang digunakan adalah merangkumi kaedah kepustakaan
dan kaedah lapangan. Dalam melaksanakan kajian lapangan, penyelidik telah menggunakan pendekatan
kuantitatif melalui borang soal selidik sebagai instrumen kajian. Data yang dikumpul daripada borang
soal selidik dianalisis dengan menggunakan perisian komputer Statistical Packege for Science Sosial
(SPSS) bagi mendapatkan peratusan, min dan sisihan piawai. Marohaini (2001:37-38) dan Yin, R.K.
(1994), menyatakan bahawa kajian kuantitatif yang dijalankan adalah bertujuan untuk mendapatkan
kefahaman dan maklumat secara terperinci serta mendalam terhadap sesuatu perkara yang dikaji, kerana
kaedah ini boleh menerangkan situasi peristiwa secara holistik dalam keadaan sebenar tanpa sebarang
manipulasi oleh penyelidik.
Analisis kuantitatif adalah bertujuan menganalisis peratusan, min dan sisihan piawai persepsi
pelajar terhadap kandungan buku APM dan kepentingan buku APM sebagai bahan rujukan utama dalam
melaksanakan penilaian amali. Bagi mendapatkan persepsi pelajar, skala likert digunakan sebagai pilihan
respoden dalam menyatakan pandangan. Penjelasan skala adalah seperti jadual 1 di bawah:
Jadual 1: Penjelasan Skala Likert
Skala Petunjuk Penjelasan
1 0.01 – 1.50 Sangat tidak setuju
2 1.51 – 2.50 Tidak setuju
3 2.51 – 3.50 Sederhana setuju
4 3.51 – 4.50 Setuju
5 4.51 – 5.00 Sangat setuju
Dalam menjelaskan tafsiran min, analisis skala likert telah diubahsuai dan diadaptasi daripada
Shamsudin dan Kamarul (2011). Jadual interpretasi tahap persetujuan skor min yang diguna pakai oleh
pengkaji dalam kajian ini adalah seperti pada jadual 2 yang berikut:
Jadual 2: Penjelasan Skala Likert
Nilai Min Penjelasan Tahap Persetujuan
1.00 – 2.49 Tidak Setuju Rendah
2.50 – 3.49 Sederhana Setuju Sederhana
3.50 – 5.00 Setuju Tinggi
Kajian yang dijalankan ini mempunyai kepentingan yang tersendiri, iaitu untuk mendapatkan
persepsi dan pandangan pelajar terhadap buku “Asas Pedoman Muslim” yang dihasilkan oleh pensyarah-