Page 202 - rise 2017
P. 202

pensyarah  Politeknik  Nilai.  Kajian  ini  juga  untuk  mengenal  pasti  bahan  rujukan  yang  sesuai  dan
             komprehensif  sebagai  panduan  dalam  menghadapi  penilaian  amali.  Seterusnya,  hasil  kajian  yang
             diperoleh daripada kajian ini dapat dijadikan asas dan panduan dalam memilih bahan rujukan amali yang
             sesuai untuk kegunaan para pelajar politeknik dalam melaksanakan ibadah seharian dan melaksanakan
             perkara asas fardhu ain yang merupakan perkara asas wajid bagi setipa muslim yang mukallaf.
                  Kajian  ini  telah  dijalankan  di  Politeknik  Nilai  Negeri  Sembilan.  Pemilihan  lokasi  kajian  ini
             adalah mengambil kira program pengajian yang ditawarkan di Politeknik Nilai Negeri Sembilan, iaitu
             program DRM, DEC, DLH, DKM, DLH, dan DBT. Pemilihan sampel kajian yang terdiri daripada para
             pelajar  semester  dua  (2)  Politeknik  Nilai  yang  mengambil  kursus  (i)  Pengurusan  dalam  Islam
             (DUA2022),  iaitu  pelajar program  DRM,  DEC,  dan  DLH)  dan (ii)  Sains  Teknologi  dan  Kejuruteraan
             dalam  Islam  (DUA2052),  iaitu  pelajar  yang  mengikuti  Program  DKM,  DLH,  dan  DBT.  Manakala
             pemilihan sampel kajian adalah berdasarkan kepada kaedah populasi dan persampelan. Populasi pelajar
             yang mengambil kedua-dua kursus ini ialah seramai 143 pelajar, manakala sampel yang diambil untuk
             kajian ini ialah seramai 50 orang responden, iaitu mewakili (35%). Pemilihan sampel ini telah memenuhi
             jumlah  minimum  pensampelan  yang  disyaratkan  dalam  melaksanakan  sesuatu  penyelidikan.  Hal  ini
             adalah  bersandarkan  kepada  pandangan  Tuckman  (1978),  menyatakan  bahawa  saiz  sampel  perlu
             dimaksimumkan supaya dapat meminimumkan pensampelan. Manakala menurut Mohd Majid Konting
             (1993:82),  penggunaan  saiz  sampel  adalah  digalakkan  melebihi  30  unit  daripada  jumlah  populasi
             sebenar. Hal ini demikian kerana andaian taburan normal biasanya dipenuhi apabila saiz sampel melebihi
             30 unit dan pertambahan saiz sampel akan mengurangkan ralat pensampelan.

             Analisis dan Perbincangan
             Penganalisisan  data  kajian  soal  selidik  dilaksanakan akan  dilaksanakan  dengan  menggunakan  perisian
             komputer Statistical Pakage for Science Social (SPSS). Penganalisisan data dibahagikan kepada dua (2)
             kategori  utama,  iaitu  Analisis  demografi  responden  dan  persepsi  pelajar  terhadap  buku  APM  sebagai
             bahan rujukan penilaian amali.
                  Analisis demografi responden yang dilaksanakan adalah merangkumi aspek; jantina atau gender,
             masa pelajar mula mempelajari ilmu Fardhu Ain, sebab-sebab pelajar mempelajari  ilmu Fardhu Ain,
             masa pelajar boleh membaca al-Quran, dan tahap penguasaan pelajar dalam ilmu Fardhu Ain. Dapatan
             analisis demografi adalah seperti jadual 3 di bawah:
                                   Jadual 3: Analisis Demografi Responden

              Boleh Membaca al-         Sek Rendah                 Sek Menengah
                   Quran
                                         6 [12%]                     44 [88%]
              Tahap Penguasaan            Baik                        Lemah
                 Fardhu Ain
                                         38 [76%]                    12 [24%]
                                          Lelaki                    Perempuan
               Jantina/Gender
                                         15 [30%]                    35 [70%]
                                        Sek Rendah                 Sek Menengah
            Mula Belajar Fardhu Ain
                                         9 [18%]                     41 [82%]
                                          Minat                      Terpaksa
           Sebab Belajar Fardhu Ain
                                        45 [90 %]                    5 [10%]


             i.    Persepsi Pelajar Terhadap Buku APM Sebagai Rujukan Amali
                   Buku APM adalah sumber rujukan amali yang merangkumi komponen penilaian berterusan yang
               telah ditetapkan dalam kurikulum kursus DUA2022 dan kursus DUA2012. Komponen  penilaian ini
                 merangkumi surah-surah hafazan, bacaan-bacaan dalam solat dan penilaian amali solat dalam
   197   198   199   200   201   202   203   204   205   206   207