Page 85 - rise 2017
P. 85
Perbincangan dan Kesimpulan
Setelah melakukan kajian dan penyelidikan, dapati terdapat perbezaan bagi kenderaan yang
menggunakan oil cooler dengan kenderaan yang tidak menggunakan oil cooler, terutama dari segi
jangka hayat enjin dan kelikatan minyak pelincir seperti mana keputusan yang telah perolehi dalam
bab ini.
Bagi kenderaan yang tidak menggunakan oil cooler, minyak pelincir akan menjadi panas dan
ia akan memendekkan jangkahayat komponen di dalam enjin serta boleh menyebabkan enjin menjadi
rosak.
Sekiranya kenderaan yang memasang oil cooler minyak pelincir akan menjadi lebih sejuk
walaupun tersekat dalam kesesakan lalulintas seterusnya ia dapat memanjangkan jangkahayat
komponen yang berada didalam enjin. Ini disebabkan minyak pelincir akan mengalir melalui sirip –
sirip yang terdapat pada oil cooler. Apabila minyak mengalir dan memasuki sirip – sirip itu, sirip
tersebut akan menyerap haba yang terdapat pada minyak pelincir seterusnya haba tersebut akan
dibebaskan ke persekitaran. Tindakan ini akan memanjangkan jangkahayat enjin dan dapat
menggelakkan komponen enjin menjadi cepat haus dan rosak.
Dari segi kelikatan pula, kelikatan minyak pelincir akan memainkan peranan yang sangat
penting dalam usaha untuk memanjangkan jangkahayat enjin. Sekiranya kenderaan itu tidak
menggunakan oil cooler, minyak pelincir akan menjadi semakin kurang likat dan boleh meningkatkan
kepanasan. Oleh itu, ia akan menyebabkan komponen dalam enjin bergeser dengan kasar dan
mengurangkan kecekapan enjin. Sekiranya kecekapan enjin menurun, enjin tidak dapat beroperasi
dengan lebih baik dan ini memerlukan pengguna menukar minyak pelincir dengan lebih kerap.
Bagi kenderaan yang menggunakan oil cooler, minyak pelincir akan menjadi semakin likat
dan dapat memanjangkan jangkahayat enjin. Apabila minyak pelincir menjadi lebih likat, kecekapan
enjin akan meningkat dan pergeseran yang berlaku di antara komponen yang sedang beropersi di
dalam enjin dapat dikurangkan. Pengguna kenderaan tersebut tidak perlu menukar minyak pelincir
dengan lebih kerap kerana minyak pelincir tersebut dapat digunakan untuk jangka masa yang lama.
Penggunaan oil cooler penting kerana ia menggunakan minyak sebagai medan penyejukkan.
Apabila menggunakan minyak, minyak akan menyentuh seluruh permukaan komponen berbanding
menggunakan liquid coolent yang hanya menyentuh sebahagian sahaja. Selain itu juga, penggunaan
liquid coolent mudah meruap apabila berada pada suhu yang tinggi dan menyebabkan berlakunya
pergeseran antara komponen - komponen manakala oil cooler dapat beroperasi pada suhu yang tinggi
dan tidak meruap.
Oleh itu, objektif yang telah ditetapkan ternyata berjaya iaitu dengan melakukan sedikit
pengubahsuaian pada system pelinciran sedia ada dengan menambah satu set oil cooler suhu minyak
pelincir dapat diturunkan dapat memanjangkan jangkahayat enjin. Selain itu juga, kelikatan minyak
pelincir tidak akan menurun secara drastik dan ini dapat diperhatikan melalui ujikaji yang telah di
lakukan.
Jadi penggunaan oil cooler akan menyebakan suhu minyak tidak meningkat dan ini dapat
mengawal kelikatan minyak pelincir. Setelah menjalankan kajian mengenai pengaruh“penyejuk
antara” pada system pelinciran untuk kenderaan buatan tempatan di Malaysia, didapati bahawa
dengan pemasangan oil cooler ini, suhu minyak enjin akan berada pada julat suhu yang ideal bagi
minyak enjin iaitu antara 60 – 70°C. Oleh itu, jangka hayat enjin akan berada pada tahap maksimum.
Jadi, kepentingan paling utama semasa melakukan kajian ini adalah untuk menentukan keberkesanan
samada pemasangan oil cooler ini benar – benar dapat membantu memanjangkan jangka hayat enjin
kenderaan.
Maka, ternyata dengan pemasangan oil cooler ini, jangka hayat enjin kenderaan dapat
dipanjangkan dengan kelikatan minyak pelincir yang tidak berkurang secara drastik akan membantu
komponen – komponen di dalam enjin untuk menghasilkan pelinciran hidrodimamik iaitu minyak
dibawa di antara permukaan antara komponen dan memenuhi ruang tersebut. Jadi, permukaan akan
terapung pada selaput minyak dan tiada persentuhan logam berlaku. Hal ini terjadi kerana suhu
minyak enjin telah disejukkan oleh oil cooler yang telah dipasang dan dapat mengawal kestabilan
kelikatan minyak pelincir yang sedang beroperasi.