Page 83 - rise 2017
P. 83

Dalam kajian yang telah dijalankan, penggunaan minyak pelincir jenis Castrol 20W-50 untuk
             minyak yang belum digunakan serta minyak yang telah digunakan. Suhu minyak enjin yang diambil
             adalah  semasa  enjin  sedang  beroperasi.  Didapati  bahawa  minyak  pelincir  yang  belum  digunakan
             mempunyai kelikatan yang lebih baik berbanding minyak yang telah digunakan. Ini disebabkan oleh
             kelikatan  minyak  akan  berkurangan  apabila  semakin  lama  ia  digunakan.  Semasa  enjin  beroperasi,
             suhu  akan  meningkat.  Manakala  kelikatan  minyak  akan  berkurangan.  Bagi  minyak  yang  belum
             digunakan, kelikatannya adalalah lebih tinggi berbanding minyak  yang telah digunakan. Pada suhu
             30°C  –  62°C,  kelikatan  minyak  baru  lebih  tinggi  berbanding  dengan  kelikatan  minyak  yang  telah
             digunakan. Ini kerana minyak baru belum mengalami perubahan suhu yang tinggi secara berulang –
             ulang.  Pada  suhu  62  –  100°C  perubahan  kelikatan  bagi  kedua  –  dua  minyak  adalah  sama  kerana
             minyak pelincir mengalami perubahan suhu yang sekata apabila enjin menjadi panas.
                  Minyak  enjin  mesti  disejukkan  untuk  mengurangkan  jumlah  haba  yang  akan  dipindahkan.
             Haba  ini  akan  mengurangkan  kelikatan  minyak  pelincir.  Syarikat  galas  SKF  menegaskan  bahawa
             berdasarkan kajian yang dijalankan oleh jurutera mereka, mendapati bahawa jangka hayat galas akan
             berkurangan  sebanyak  separuh  dari  hayat  sebenar  apabila  berlaku  kenaikan  suhu  sebanyak  18°F
             dalam  galas. Mereka  menyarankan suhu  minyak  yang  paling  ideal  adalah  di antara  140°F(60°C)  -
             158°F(70°C).
                  Pada suhu di atas 300°F(148.90°C), bahan ini akan menjadi lembut dan jangka hayat galas
             akan menjadi singkat secara drastik. Ini disebabkan setiap peningkatan suhu sebanyak 20°F selepas
             mencapai suhu 300°F(148.90°C), jangka hayat galas tersebut di bahagi dua. Oleh itu penyejuk minyak
             telah  dihasilkan  untuk  menangani  masalah  haba  ini  yang  mana  tidak  dapat  diuruskan  oleh  sistem
             penyejukan sedia ada.















                                    Rajah 8: Graf Suhu Melawan Masa

                  Graf menunjukkan perbandingan suhu bagi minyak enjin sebelum dan selepas pemasangan
             penyejuk minyak. Didapati bahawa sebaik sahaja enjin dihidupkan, suhu mnyak enjin sudah berubah.
             Suhu  minyak  menjadi  lebih  rendah  selepas  dipasang  penyejuk  minyak.  Bagi  enjin  yang  tidak
             menggunakan  penyejuk  minyak,  suhunya  akan  terus  berubah  dengan  meningkat  naik  sehingga
             melebihi 85°C. Tetapi jika dibandingkan dengan pemasangan penyejuk minyak, suhunya masih lagi
             meningkat  tetapi  tidak  melebihi  suhu  ideal  bagi  minyak  enjin  yang  telah  disyorkan  oleh  jurutera
             syarikat galas SKF iaitu diantara 60°C – 70°C. Jika suhu berada di dalam julat ini, maka kerosakan
             pada komponen dapat dikurangkan dan jangka hayat enjin akan bertambah. Suhu yang paling tinggi
             dicapai dengan pemasangan penyejuk minyak enjin ini adalah berada dalam suhu ideal iaitu 64°C.
   78   79   80   81   82   83   84   85   86   87   88