Page 81 - rise 2017
P. 81
Rajah 2: Kelinciran Hydrodinamic
Kelikatan adalah penyukatan kebolehaliran minyak untuk mengalir. Kelikatan mengawal ketebalan
selaput minyak di bawah pelinciran hidrodinamik. Minyak akan kehilangan kelikatannya apabila suhu
bertambah.
Apabila suhu bertambah dan kelikatan menurun lapisan selaput minyak bertambah menjadi
cair. Jadi logam akan mula bersentuhan dan apabila ini berlaku, maka tiada lagi pelinciran
hidrodinamik yang berlaku. Keadaaan ini akan menjadi lebih teruk di mana suhu akan terus
meningkat dan kelikatan serta selaput minyak akan terus berkurangan. Kehausan enjin akan
meningkat secara drastik. Apabila suhu minyak yang digunakan sesuai, maka komponen yang
bergerak semasa beroperasi sentiasa berada dalam pelinciran hidrodinamik. Maka kehausan yang
berlaku adalah sangat sedikit. Pemasangan penyejuk minyak dapat menbantu memanjangkan hayat
enjin.
Rajah 3: Graf Kelikatan Minyak Melawan Suhu
Metodologi
Di dalam bab ini akan menerangkan dengan lebih lanjut dan terperinci mengenai perjalanan kajian ini
dilaksanakan. Ini termasuk langkah-langkah pemasangan set penyejuk minyak, adaptor dan oil
temperature gauge serta pengendalian alat pengukur kelikatan. Kerja-kerja pemasangan komponen-
komponen tersebut dimulai dengan tatacara yang sentiasa mengutamakan ciri-ciri keselamatan dan
dengan menggunakan alatan yang sesuai.
Rajah 4: Pemasangan oil filter, adapter, peranti,dan hos pada ruangan enjin