Page 84 - rise 2017
P. 84
Rajah 9: Bacaan Meter Sebelum Pemasangan Oil Cooler
Gambarajah di atas adalah hasil keputusan yang diperolehi selepas pemerhatian selama 60
minit yang dilakukan untuk mendapatkan suhu biasa minyak enjin. Tanpa penggunaan penyejuk
minyak pada sistem pelinciran, suhu minyak enjin akan meningkat dengan ketara sejak permulaan
enjin dihidupkan. Ia akan terus meningkat sehingga mencapai suhu yang stabil iaitu pada 85oC. Ini
menjelaskan bahawa tanpa penggunaan penyejuk minyak pada sistem pelinciran, suhu minyak enjin
akan berada pada julat suhu sekitar 80°C -90°C. Suhu yang paling ideal bagi minyak pelincir adalah
60°C-70°C. Oleh itu, tanpa penggunaan penyejuk minyak pada sistem pelinciran akan memberi kesan
kepada kom ponen di dalam enjin kerana suhu minyak enjin akan menjadi tinggi dan menjejaskan
jangka hayat enjin.
Rajah 10: Bacaan Meter Selepas Pemasangan Oil Cooler
Gambarajah di atas adalah hasil keputusan yang diperolehi selepas pemerhatian selama 60 minit yang
dilakukan untuk mendapatkan suhu minyak enjin selepas penggunaan penyejuk minyak pada sistem
pelinciran. Dengan penggunaan penyejuk minyak pada sistem pelinciran, suhu minyak enjin tidak
akan meningkat dengan ketara sejak permulaan enjin dihidupkan. Ia akan terus meningkat sehingga
mencapai suhu yang stabil iaitu pada lebih kurang 65°C. Ini menjelaskan bahawa dengan penggunaan
penyejuk minyak pada sistem pelinciran, suhu minyak enjin akan berada pada julat suhu sekitar 60°C
-70°C. Suhu yang paling ideal bagi minyak pelincir adalah berada pada julat ini. Oleh itu, dengan
penggunaan penyejuk minyak pada sistem pelinciran akan memberi kesan yang sangat baik kepada
komponen di dalam enjin kerana suhu minyak enjin akan menjadi rendah dan stabil pada suhu yang
ideal bagi minyak pelincirdan membantu jangka hayat enjin.