Page 79 - rise 2017
P. 79
Kajian Pengaruh Penyejuk Antara pada Sistem Pelinciran Untuk Kenderaan Buatan Tempatan
di Malaysia
Mohd Nurilhadi bin Darmi, Iskandar Bin Salleh, Mohamad Zaidi Bin Ahmad Yusoff
Politeknik Ibrahim Sultan, Johor
nurilzai@gmail.com
Abstrak
Kajian mengenai pengaruh penyejuk antara pada sistem kenderaan buatan tempatan di Malaysia
dilaksanakan bertujuan untuk menentukan kesesuaian dan keberkesanan penggunaan penyejuk antara
pada sistem pelinciran kenderaan biasa. Kajian ini dilakukan kerana kerap berlaku kesesakan lalu
lintas dan ini menyebabkan sistem penyejukan menjadi kurang efisyen. Kajian ini dijalankan dengan
membuat perbandingan sistem pelinciran yang telah diubahsuai dengan menambah unit penyejuk
antara. Metodologi kajian yang dilakukan adalah dengan menyukat suhu dan kelikatan sebelum dan
selepas menggunakan penyejuk antara dengan menggunakan pelincir Castrol 20W-50. Setelah
menjalankan kajian mengenai pengaruh penyejuk antara pada system pelinciran untuk kenderaan
buatan tempatan di Malaysia, didapati bahawa dengan pemasangan oil cooler ini, suhu minyak enjin
akan berada pada julat suhu yang ideal bagi minyak enjin iaitu antara 60 – 70°C. Oleh itu, jangka
hayat enjin akan berada pada tahap maksimum. Jadi, kepentingan paling utama semasa melakukan
kajian ini adalah untuk menentukan keberkesanan samada pemasangan oil cooler ini benar – benar
dapat membantu memanjangkan jangka hayat enjin kenderaan.
Kata Kunci: Penyejuk Antara, Kelikatan, Pelinciran
Pengenalan
Penyejuk minyak (Oil cooler) merupakan suatu alat penukarganti haba. Kebanyakan transmisi
automatik telah dilengkapi dengan penyejuk minyak yang terletak di dalam radiator. Disebabkan suhu
radiator biasanya berada pada suhu 200°F (93.33°C), jumlah penyejukan yang dihasilkan adalah
diragui.
Pemasangan penyejuk minyak yang boleh diletakkan di luar radiator dapat memberikan
penyejukan yang lebih baik. Melainkan bagi kereta lumba, kebanyakan enjin pada kenderaan biasa
tidak menggunakan penyejuk minyak. Sistem penyejukan enjin yang biasa sudah memadai untuk
memastikan suhu minyak berada pada had yang selamat.
Pengurangan suhu pada sistem gear (transmission) dan minyak enjin akan meningkatkan
jangka hayat sistem gear itu sendiri, enjin dan komponen yang terdapat di dalam enjin. Untuk memilih
penggunaan penyejuk yang terbaik, faktor yang perlu diberi perhatian adalah seperti berikut :
1) Di mana penyejuk akan ditempatkan dan berapa banyak ruang yang masih ada.
2) Apakah alat penyesuai (adapters) yang diperlukan untuk menyambung penyejuk pada
kenderaan.
3) Pilih penyejuk minyak yang bersaiz besar bagi penggunaan lumba di mana penggunaan
kapasiti penyejuk bersaiz besar diperlukan.
Untuk memastikan minyak enjin sejuk pada masa enjin bertekanan tinggi adalah berada di
luar kawalan sistem penyejukan sedia ada yang dipasang dari kilang. Galas (bearings) enjin
dihasilkan dari gabungan grafit, indium dan aloi tembaga (copper alloy) dengan takat lebur yang
rendah.
Pada suhu di atas 300°F (148.90°C), bahan ini akan menjadi lembut dan jangka hayat galas
akan menjadi singkat secara drastik. Ini disebabkan setiap peningkatan suhu sebanyak 20°F selepas
mencapai suhu 300°F (148.90°C), jangka hayat galas tersebut di bahagi dua. Oleh itu penyejuk
minyak telah dihasilkan untuk menangani masalah haba ini yang mana tidak dapat diuruskan oleh
sistem penyejukan sedia ada.
Enjin adalah nadi untuk sesebuah kenderaan. Komponen-komponen enjin pula majoritinya
menggunakan bahan-bahan keluli yang melakukan pergerakan tertentu setiap kali enjin beroperasi.
Pergerakan komponen-komponen ini berlaku dalam sistem pelinciran. Sistem pelinciran merupakan