Page 80 - rise 2017
P. 80

sebahagian  daripada    komponen  penting  dalam  setiap  enjin  kereta.  Setiap  enjin  memerlukan  satu
             sistem pelinciran yang sempurna dan baik untuk beroperasi dengan lebih lancar. Tujuan utama sistem
             pelinciran ialah untuk membekalkan minyak pelincir kepada semua bahagian yang bergerak di dalam
             enjin.  Pergerakan  komponen  –  komponen  ini  akan  menghasilkan  tekanan  dan  haba  yang  akan
             mengakibatkan  kehausan  pada  komponen-komponen  yang  bergeser  dan  seterusnya  boleh
             mengurangkan kuasa enjin [1]. Jadi, untuk meminimumkan masalah ini, minyak pelincir digunakan.
                  Secara asasnya, minyak pelincir akan berfungsi menyerap tekanan dan geseran yang boleh
             menyebabkan kehausan komponen-komponen enjin. Selain daripada cecair penyejuk dan pengaliran
             udara,  minyak  pelincir  juga  turut  memainkan  peranan  utama  dalam  fungsi  pengawalan  dan
             penyerapan haba yang terhasil daripada operasi sesebuah enjin. Selain menlincirkan bahagian enjin
             yang  bergeser,  minyak  enjin  juga  digunakan  untuk  membersihkan  bahagian  enjin,  membantu
             menyejukkan enjin serta membentuk kedap diantara dinding silinder dan gelang omboh.
                  Bahagian  logam  yang  dilapisi  dengan  minyak  akan  melindunginya  dari  terdedah  kepada
             oksigen dan menghalang pengoksidaan semasa suhu pengoperasian meningkat untuk mengelakkannya
             dari berkarat dan kakisan.
                  Minyak pelincir mempunyai satu sifat semula jadi iaitu boleh mengalir dari bahagian yang
             panas ke bahagian yang sejuk. Suhu minyak di dalam enjin lebih kurang sama seperti suhu di dalam
             bahan penyejuk iaitu sekitar 180°F hingga 240°F (82°C hingga 116°C). Untuk menyejukkan bahagian
             enjin,  minyak  mempunyai  sedikit  kelebihan  berbanding  dengan  bahagian  penyejuk  enjin.  Minyak
             boleh bersentuh secara langsung dengan bahagian yang panas manakala bahan penyejuk mengambil
             haba melalui bahagian sebelah belakang seperti menyerap haba dari silinder pada jaket air.


















                              Rajah 1: Jangka Hayat Enjin melawan Suhu Minyak

                  Enjin  yang  diselenggara  dengan  baik  dapat  bertahan  lebih  300,000  batu  (482,803.2km)
             apabila suhu minyak yang digunakan adalah pada julat optimal iaitu 180°F(82.22°C) -210°F(99°C).
             Apabila suhu minyak enjin meningkat, jangka hayat enjin akan berkurangan dengan cepat. Jika suhu
             terlalu tinggi, maka enjin akan mengalami kerosakan lebih cepat. Bagi menjelaskan ha ini, perkara
             yang  perlu  dilihat  adalah  apa  yang  berlaku  di  permukaan  bahagian  yang  bergerak.  Di  bawah
             pemeriksaan  mikroskopik,  permukaan  komponen  sebenarnya  tidak  berapa  licin  tetapi  mempunyai
             puncak dan lurah yang sangat kecil. Apabila dua permukaan beroperasi dan bersentuhan maka ia akan
             menyebabkan  perubahan  rupa  bentuk  dan  haus.  Enjin  yang  beroperasi  sebegini  tidak  akan  dapat
             bertahan  lama.  Dengan  kesemua  komponen  yang  bergerak,  ia  nampak  mustahil  suatu  enjin  dapat
             bertahan sehingga 300,000 batu tetapi hal ini dapat dilakukan. Ini disebabkan oleh  operasi normal
             yang  berlaku  adalah  komponen  logam  yang  bergerak  tidak  bersentuhan  antara  satu  sama  lain.
             Sekiranya komponen bergerak dengan cepat dan kelikatan minyak mencukupi, maka minyak tersebut
             akan dibawa di antara permukaan dan mengisi ruang tersebut. Permukaan akan ‘terapung’(float) pada
             selaput  minyak  dan  tiada  persentuhan  logam  berlaku.  Keadaan  ini  dipanggil  ‘pelinciran
             hidrodinamik’.
   75   76   77   78   79   80   81   82   83   84   85