Page 154 - MODUL PENUH GEOGRAFI STPM
P. 154
BAHAGIAN A : ALAM SEKITAR FIZIKAL
Tajuk 5 : Sistem Ekologi
Konsep/Tajuk Huraian
5 Sistem Ekologi
5.1 Ekologi dan a) Menghurai konsep ekologi dan ekosistem:
Ekosistem
i. Ekologi : Merupakan cabang sains yang mengkaji
hubungan timbal balik antara makhluk hidup dengan
persekitarannya.
ii. Ekosistem : Merupakan satu sistem di mana dua
komponen, iaitu benda hidup dan bukan hidup saling
bertindak balas dan bergantungan antara satu sama lain
dalam satu unit ruang untuk mencapai keseimbangan.
Ekosistem meliputi konsep habitat, populasi, komuniti,
koloni dan spesies.
Habitat: Merujuk kepada tempat tinggal bagi suatu
makhluk hidup di samping menjadi tempat membiak,
perlindungan, mencari makanan dan air.
Spesies: Merujuk kepada satu jenis organisma yang
mempunyai ciri, rupa bentuk,keturunan, cara membiak
serta pemakanan yang sama dalam sesebuah ekosistem
Populasi: Merujuk kepada kumpulan organisma hidup
daripada spesies sama yang mendiami sesebuah ekosistem
yang sama.
Komuniti: Pelbagai jenis populasi yang saling berinteraksi
dan mempengaruhi satu sama lain dalam satu unit ruang
untuk mencapai keseimbangan. Komuniti tidak melibatkan
komponen abiotik
Koloni: Merupakan organisma hidup yang tinggal secara
berkumpulan dan saling bekerjasama antara satu sama lain
dalam mencari makanan, membina kawasan perlindungan
dan sama-sama mempertahankan keselamatan bagi
kelangsungan hidup kumpulan tersebut.
b) Menjelaskan komponen asas ekosistem :
Terdapat dua komponan asas dalam ekosistem, iaitu biotik dan
abiotik)
i. Biotik : Merujuk kepada komponen benda-benda hidup dalam
sebuah ekosistem. Boleh dibahagikan kepada kumpulan
autotrof dan kumpulan heterotrof :
Kumpulan Autotrof: dapat membuat makanan sendiri.
Terdiri daripada kumpulan tumbuh-tumbuhan.
Kumpulan Heterotrof: tidak dapat membuat makanan
sendiri dan memakan hidupan lain untuk mendapatkan
tenaga.