Page 156 - MODUL PENUH GEOGRAFI STPM
P. 156

5.2 Konsep rantaian          a)  Menghuraikan konsep rantaian dan siratan makanan:
                    dan
                          siratan makanan        i)  Rantaian makanan :
                                                    Proses  pemindahan  tenaga,  elemen-elemen  kimia  dan
                                                    beberapa  jenis  sebatian  daripada  satu  organisma  hidup
                                                    kepada organisma hidup yang lain di sepanjang satu aliran.
                                                    Organisma  hidup  boleh  disusun  sebagai  pengeluar,
                                                    pengguna primer, pengguna sekunder dan pengguna tertier
                                                    supaya membentuk rantai makanan.

                                                 ii)  Siratan  makanan :
                                                    Proses  pemindahan  tenaga,  elemen-elemen  kimia  dan
                                                    beberapa  jenis  sebatian  daripada  satu  organisma  hidup
                                                    kepada organisma hidup yang lain dalam pelbagai aliran
                                                    Gabungan  beberapa  rantaian  makanan  kerana  sesuatu
                                                    sumber  makanan  lazimnya  dimakan  oleh  pelbagai    jenis
                                                    hidupan dalam sesebuah ekosistem


                                                 b)  Menjelaskan proses rantaian  dan siratan makanan :

                                                    i)  Proses Rantaian Makanan

                                                    Terdapat lima peringkat utama:

                                                    Peringkat 1
                                                    Tenaga matahari dipindahkan secara terus daripada matahari
                                                    kepada pengeluar ( tumbuhan ) melalui proses fotosintesis.

                                                    Peringkat 2
                                                    Tenaga  kimia  dan  sebatian-sebatian  lain  dipindahkan
                                                    kepada  pengguna  primer  (contoh  :  ulat)  apabila  memakan
                                                    pengeluar (daun pokok).

                                                    Peringkat 3
                                                    Tenaga  kimia  dan  sebatian-sebatian  lain  dipindahkan
                                                    kepada pengguna sekunder (contoh : burung pipit) apabila
                                                    memakan pengguna primer (ulat).

                                                    Peringkat 4
                                                    Tenaga  kimia  dan  sebatian-sebatian  lain  dipindahkan
                                                    kepada  pengguna  tertier  (contoh  :  Ular)  apabila  memakan
                                                    pengguna sekunder (burung pipit).

                                                    Peringkat 5
                                                    Akhirnya apabila pengeluar dan pengguna di atas mati akan
                                                    direput  dan  diurai  oleh  organisma  pengurai  dan  pereput.
                                                    Pereputan ini akan menghasilkan nutrien-nutrien tanah yang
                                                    akan digunakan kembali oleh pengeluar.
   151   152   153   154   155   156   157   158   159   160   161