Page 159 - MODUL PENUH GEOGRAFI STPM
P. 159

Organisma reput menyebabkan pemecahan protein dan
                                                         sel mati dalam sisa organisma bertukar kepada bentuk
                                                         ammonia dan nitrat.Baja nitrat yang digunakan dalam
                                                         sektor pertanian diserap oleh tumbuhan.

                                                b)  Menghurai kepentingan kitar nutrien dalam ekosistem
                                                    daratan dan akuatik:

                                                       Menghasilkan  keseimbangan  ekosistem  :  rantaian
                                                       makanan tidak terjejas dan semua aras trofik berfungsi
                                                       dalam rantaian makanan.
                                                       Mengekalkan kesuburan tanah : penting untuk tumbuhan
                                                       (pengeluar   )   membesar    dan   membiak    serta
                                                       mengeluarkan hasil untuk faedah semua pengguna.
                                                       Memastikan  tumbesaran  pengeluar  (tumbuhan)  tidak
                                                       terbantut dan aliran tenaga dalam siratan makanan stabil.


                    5.4 Kaitan sistem           a)  Menghurai kepentingan sistem ekologi kepada manusia:
                    ekologi
                          Dengan manusia        i)  Kepentingan Ekosistem Daratan

                                                       Pembalakan.
                                                       Hutan hujan tropika yang padat dengan pokok berkayu
                                                       keras menggalakkan aktiviti pembalakan.

                                                       Hasil hutan.
                                                       Kepelbagaian  spesies  flora  dan  fauna  ekosistem
                                                       menyediakan  pelbagai  hasil  hutan  seperti  rotan,  buluh,
                                                       madu lebah dan sarang burung layang-layang.

                                                       Perubatan.
                                                       Kepelbagaian spesies flora ekosistem  juga mempunyai
                                                       pelbagai tumbuhan herba untuk tujuan perubatan seperti
                                                       mas cotek, tongkat ali dan kacip fatimah.

                                                       Kepelbagaian biologi.
                                                       Kepelbagaian biologi ekosistem menggalakkan pelbagai
                                                       bentuk penyelidikan, dokumentari dan perfileman.

                                                       Perburuan.
                                                       Kepelbagaian  spesies  hidupan  liar  juga  menggalakkan
                                                       aktiviti memburu rusa, babi hutan dan ayam hutan untuk
                                                       tujuan makanan.

                                                       Pelancongan dan rekreasi.
                                                       Keunikan kepelbagaian flora dan fauna menjadi tarikan
                                                       pelancong ke kawasan taman negara, gua-gua batu kapur
                                                       serta aktiviti melihat burung dan safari.

                                                       Pertanian pindah.
                                                       Tanah yang subur yang disediakan oleh ekosistem tanah
                                                       tinggi  melaui  kitar  nitrogen  dimanfaatkan  oleh
                                                       masyarakat  orang  asli  untuk  menjalankan  aktiviti
   154   155   156   157   158   159   160   161   162   163   164