Page 158 - MODUL PENUH GEOGRAFI STPM
P. 158

Merujuk  kepada  persaingan  antara  spesies  yang  berlainan
                                                   jenis  untuk  mendapatkan  makanan,  air,  cahaya  dan  tempat
                                                   tinggal.



                                                ii)  Persaingan Sesama Spesies (intra-spesies) :
                                                    Merujuk  kepada  persaingan  antara  individu  yang  sama
                                                    spesies  untuk  mendapatkan  makanan,  air,  cahaya,  tempat
                                                    tinggal, pasangan hidup atau kuasa memimpin.


                    5.3   Kitar Nutrien         a)  Menerangkan Jenis Kitar Nutrien:
                    Dalam Ekosistem
                                                       Kitar Nutrien merujuk kepada kitaran bahan-bahan kimia
                                                      yang  terdiri  daripada  kitaran  zat  makanan  dan  gas  serta
                                                      kitaran makanan enapan.
                                                       Kitaran  ini  berlaku  dalam  organisma  hidup  dan  unsur
                                                      abiotik dalam sesebuah ekosistem.
                                                       Terdapat  tiga  jenis  kitaran  nutrien  iaitu  kitar  oksigen,
                                                      kitar karbon dan kitar nitrogen.

                                                i)   Kitar Oksigen:
                                                    Satu proses kitaran oksigen dalam sesebuah ekosistem secara
                                                    berterusan sehingga mengimbangi kembali kandungan gas
                                                    oksigen dalam atmosfera.
                                                    Melibatkan  proses  pengambilan  dan  pengembalian  oksigen
                                                    dalam sesebuah ekosistem.

                                                ii)  Kitar Karbon:
                                                    Satu proses kitaran karbon dalam bentuk gas dan bahan
                                                    dalam tumbuhan dan haiwan secara berterusan.
                                                    Melibatkan  proses  pengambilan  dan  pengembalian  karbon
                                                    dalam sesebuah ekosistem.

                                                iii) Kitar Nitrogen:
                                                    Merujuk kepada proses pengambilan dan pengembalian
                                                    semula nitrogen dalam atmosfera dan tanah untuk mencapai
                                                    keseimbangan. Kitar Nitrogen melibatkan tiga fasa :

                                                      1) Fasa Atmosfera:
                                                         Nitrogen di atmosfera terhasil daripada pancaran kilat
                                                         serta pembakaran hutan menghasilkan gas nitrogen

                                                      2) Fasa Biosfera (manusia / tumbuhan / haiwan)
                                                         Tumbuhan mendapat nitrogen melalui akar dalam
                                                         bentuk ammonia atau nitrat dan ditukar kepada
                                                         molekul organik (asid amino, protein dan sebagainya).
                                                         Tumbuhan kekacang melalui aktiviti bakteria pengikat
                                                         nitrogen.
                                                         Bahan kumuhan haiwan/manusia mengandungi
                                                         ammonia.

                                                      3) Fasa dalam tanih:
   153   154   155   156   157   158   159   160   161   162   163