Page 155 - MODUL PENUH GEOGRAFI STPM
P. 155
ii. Abiotik: Merujuk kepada benda bukan hidup iaitu, cahaya
matahari, air, udara dan nutrien tanah.
Cahaya matahari: Komponen asas untuk membekalkan
tenaga kepada sesebuah ekosistem. Digunakan oleh
tumbuhan untuk menghasilkan makanan sendiri melalui
proses fotosintesis.
Air: Komponen asas dalam sesebuah ekosistem yang
menjadi sumber minuman kepada hidupan, bekalan air
untuk tumbuhan, menjadi habitat pelbagai jenis hidupan
akuatik. Juga menjadi pelarut yang berkesan untuk
menukar bahan organik yang larut dalam air menjadi
nutrien tanah.
Udara: Terdiri daripada pelbagai jenis gas dan wap air
untuk kegunaan hidupan dan tumbuhan dalam sesebuah
ekosistem.
Tanah: Terdiri daripada pemendapan sisa hakisan dan
luluhawa yang menyediakan bahan-bahan galian yang
diperlukan oleh sesuatu ekosistem. Kesuburan tanih
penting untuk tumbuhan membesar, berbunga dan
berbuah.
c) Menghuraikan fungsi ekosistem :
Fungsi sesebuah ekosistem terbahagi kepada dua fungsi
iaitu :
i. Aliran tenaga : merupakan proses pemindahan tenaga dari
satu komponen biotik kepada satu komponen biotik lain
dalam sesebuah ekosistem.
ii. Kitar Nutrien : merupakan proses kitaran bahan kimia
dalam sesebuah ekosistem yang berlaku secara berterusan
melalui tiga fasa (atmosfera, biosfera dan dalam tanah )
dalam edaran yang lengkap.
d) Menyatakan jenis dan menghurai ekosistem daratan dan akuatik :
i) Ekosistem Daratan : Merupakan interaksi yang berlaku
antara komponen biotik dan abiotik di kawasan darat seperti
hutan tanah pamah dan hutan tanah tinggi, padang pasir,
dalam tanah, dalam batuan dan gua.
ii) Ekosistem Akuatik : Merupakan interaksi yang berlaku
antara komponen biotik dan abiotik di kawasan berair
seperti hutan paya bakau, tasik, sungai, laut dan kolam