Page 173 - MODUL PENUH GEOGRAFI STPM
P. 173

Soalan 5

               a)    Jelaskan  peranan  sistem  hidrologi  dalam  membangunkan  keperluan  kehidupan  manusia.
                       [4M]
               b)  Bagaimanakah aktiviti manusia menyebabkan kegagalan cerun berlaku?
                       [6M]

               Jawapan soalan 5a

                                   ISI                                     HURAIAN

               a1  Sumber bekalan air                  Bekalan air domestik dan
                                                       industri/pertanian/perlombongan.
               a2  Sumber tenaga                       Penjanaan kuasa elektrik hidro.
               a3  Sumber protein                      Hasil ikan dan hidupan akuatik yang lain.
               a4  Riadah                              Aktiviti sukan air/berkelah/pelancongan.
               a5  Pengangkutan                        Mengangkut barangan dan penumpang.

               Jawapan soalan 5b

                                   ISI                                     HURAIAN

               b1  Pembinaan                            Penarahan dan pemotongan lereng bukit menyebabkan
                                                        struktur tanah longgar dan tidak stabil.
               b2  Pertanian                            Pertanian  di  tanah  tinggi  menyebabkan  lereng  bukit
                                                        akan  diratakan  dan  digondolkan  untuk  pertanian  dan
                                                        boleh menyebabkan hakisan tanah dan tanah runtuh.
               b3  Perlombongan kuari                   Proses  letupan  akan  menyebabkan  gegaran  yang
                                                        menyebabkan  struktur  cerun  bukit  longgar  dan  lemah.
                                                        Akhirnya berlaku tanah runtuh.
               b4  Pembalakan                           Penebangan  hutan  di  lereng  bukit  menyebabkan  tanah
                                                        gondol.  Struktur  tanah  menjadi  longgar  menyebabkan
                                                        tanah runtuh.
   168   169   170   171   172   173   174   175   176   177   178