Page 176 - MODUL PENUH GEOGRAFI STPM
P. 176
Kemarau berlaku banyak disumbangkan oleh pemusnahan
hutan oleh aktiviti perhutanan dan pertanian. Kehilangan
hutan menyebabkan kandungan wap air dalam udara
menjadi rendah, udara semakin kering dan seterusnya
menjejaskan proses pemeluwapan dan pembentukan awan.
Kekurangan awan menyebabkan hujan tidak turun dan
meningkatan kejadian kemarau.
Ketandusan tanih merujuk kepada tanih yang telah
kehilangan kesuburan, sangat poros, kering dan tidak sesuai
untuk aktiviti pertanian. Ini berpunca daripada aktiviti
pennggondolan kawasan hutan dan mendedahkan tanih
kepada larian air permukaan yang menghakis dan
memindahkan tanah subur ke dalam sungai atau ke kaki
bukit.
Pemanasan setempat dan global disebabkan oleh
penggondolan kawasan hutan dan binaan konkrit yang
banyak. Kadar sejat peluhan yang rendah menyebabkan
udara setempat menjadi lebih panas dan kering.
Pencemaran air berpunca daripada pelbagai aktiviti
manusia seperti amalan pertanian yang menggunakan baja
kimia menyebabkan tanah menjadi berasid dan apabila air
yang larut dengan baja kimia akan masuk ke dalam sungai
dan menyebabkan PH air sungai menjadi rendah/ berasid.
Pencemaran udara berpunca daripada pelbagai aktiviti
manusia seperti pembakaran terbuka di tapak-tapak
pelupusan sampah, pembakaran kawasan hutan untuk
pembukaan kawasan pertanian, pembakaran jerami padi
secara terbuka, peningkatan penggunaan bahan api fosil
oleh kenderaan persendirian akan meningkatkan pelepasan
asap, habuk dan gas karbon dioksida dan karbon monoksida
ke udara menyebabkan udara menjadi tercemar.
Pencemaran bunyi berpunca daripada penggunaan jentera
dan mesin berat dalam aktiviti perindustrian, pembinaan,
perlombongan dan pembalakan serta penggunaan kenderaan
berat dalam perkhidmatan pengangkutan.
Pencemaran bau berpunca daripada pelepasan sisa dan
najis dari ladang ternakan, industri memproses hasil
pertanian dan perikanan dan kilang kejuruteraan kimia,
tapak pelupusan sampah yang tidak terurus, kolam oksidasi
dan pembuangan sampah yang tidak terurus di kawasan
perumahan dan setinggan
Pencemaran sampah sarap berpunca daripada
pembuangan sampah yang tidak terurus dari industri
pemprosesan dan pembuatan, sektor pembinaan, sisa
pertanian, pembalakan dan perikanan, aktiviti perniagaan
serta kawasan perumahan.
Pencemaran sisa toksik berpunca daripada pembuangan
sisa toksid industri pembuatan, perlombongan dan aktiviti
meracun dan penggunaan baja kimia dalam pertanian.