Page 178 - MODUL PENUH GEOGRAFI STPM
P. 178
menyebabkan suhu di kawasan bandaraya meningkat. Ini
akan menjejaskan alam sekitar.
iv. Aktiviti pertanian dan penternakan: pembukaan kawasan
pertanian baru dengan penggondolan kawasan hutan dan di
kawasan bercerun berisiko untuk meningkatkan kejadian
hakisan dan tanah runtuh terutamnya ketika musim hujan.
Pembakaran jerami padi dan amalan tebang bakar dalam
amalan tanam semula kelapa sawit dan getah akan
meningkatkan jumlah bahan terampai dan PM10 di udara
dan akan mencemarkan udara. Amalan tanaman sejenis akan
menyebabkan tanah hilang kesuburan dan akan
meningkatkan penggunaan baja kimia . Penternakan haiwan
secara skala kecil atau besar turut meningkatkan pencemaran
bau terutama bau daripada najis ternakan seperti ayam, itik,
kinzir dan lembu. Pembuangan sisa najis haiwan terutamnya
kinzir ke sungai akan menyebabkan kadar BOD tinggi dan
sukar untuk dipulihkan. Ini akan menjejaskan alam sekitar.
v. Aktiviti perikanan dan akuakultur: Berlaku kepupusan
sumber perikanan dan marin termasuk pemusnahan kawasan
pembiakan ikan akibat penggunaan bot-bot besar dan pukat
harimau, pukat tunda atau pukat apollo yang boleh
memusnahkan terumbu karang dan kawasan pembiakan ikan.
Pukat ini juga mampu menangkap anak-anak ikan yang
belum cukup besar dan matang yang akhirnya menyebabkan
bekalan sumber perikanan pada masa hadapan berkurangan.
Berlaku juga peningkatan kadar pencemaran air laut akibat
tumpahan minyak dan pembuangan enap cemar dari bot-bot
ikan menyebabkan minyak kotor menutupi permukaan laut,
mematikan plankton dan zooplankton. Ini akan
mengurangkan sumber makanan kepada ikan.
vi. Aktiviti pembinaan: Berlaku pencemaran udara dan
jerebu. Berlaku apabila debu tanah yang berterbangan
semasa proses meratakan tanah dijalankan untuk aktiviti
pembinaan. Debu yang berterbangan ini akan
memburukkan lagi keadaan jerebu khususnya di
bandar-bandar besar.
vii. Aktiviti perlombongan dan kuari: Berlaku pencemaran
sumber laut dan kerosakan ekosistem akuatik khususnya di
kawasan pelantar cari gali petroleum. Berlaku kemusnahan
kepada kepelbagaian spesies tumbuhan dan hidupan laut,
karang laut dan lain-lain serta menjadi gangguan kepada
keseimbangan ekologi lautan. Aktiviti kuari akan
mencemarkan udara oleh debu batu hasil proses meletupkan
batuan granit.
viii. Aktiviti pelancongan dan rekreasi: Kesan pencemaran
terhadap sumber air berlaku disebabkan oleh penyaliran sisa-
sisa kumbahan daripada hotel dan resort ke laut. Air akan
tercemar dengan bakteria e-coli dan menyebabkan
peningkatan terhadap kadar BOD yang akhirnya boleh