Page 179 - MODUL PENUH GEOGRAFI STPM
P. 179

memusnahkan  hidupan  akuatik  seperti  ikan,  udang  dan
                                                       tumbuhan  air  serta  menganggu  kesihatan  manusia  yang
                                                       menggunakan  air  tersebut.  Pelancong  juga  akan  membawa
                                                       makanan  bersama-sama  mereka  sewaktu  berhibur  di  tepi
                                                       pantai,  hutan  lipur,  kawasan  air  terjun  dan  sebagainya.
                                                       Biasanya  pelancong  akan  membuang  sisa  makanan  dan
                                                       sampah  sarap  merata-rata  dan  ini  akan  mencemarkan
                                                       persekitaran pantai, hutan lipur dan tempat perkhelahan dan
                                                       sisa  makanan  yang  busuk  akan  menyebabkan  pencemaran
                                                       bau.


                    5.2   Impak Sosial              a)  menilai impak alam sekitar terhadap kehidupan manusia,

                                                          Impak sosial merujuk kepada kesan negatif yang
                                                           dialami oleh manusia akibat perubahan yang berlaku ke
                                                           atas alam sekitar fizikal.
                                                          Apa yang dialami oleh alam sekitar fizikal akibat tindak
                                                           tanduk manusia akan mengimpak manusia kembali.
                                                          Antara impak sosial ialah :
                                                          i.  Kesihatan
                                                             Kesihatan  manusia  terjejas  akibat  penyakit  bawaan
                                                             air  tercemar  dan  penyakit  yang  berkaitan  dengan
                                                             udara yang tercemar.

                                                          ii.  Keselamatan
                                                             Keselamatan manusia terjejas akibat bencana seperti
                                                             tanah runtuh, banjir dan jerebu.

                                                         iii.  Kerosakan Dan Kemusnahan Harta Benda
                                                             Kerosakan  harta  benda  seperti  bangunan  rumah,
                                                             perabot,  peralatan  elektrik  dan  kenderaan  berlaku
                                                             akibat fenomena seperti tanah runtuh dan banjir.

                                                         iv.  Aktiviti Ekonomi
                                                             Gangguan  aktiviti  ekonomi  seperti  tanaman  musnah
                                                             ditenggelami  air  banjir  dan    pelancongan  terganggu
                                                             akibat jerebu.

                                                          v.  Aktiviti Sosial.
                                                             Gangguan  aktiviti  sosial seperti persekolahan  akibat
                                                             banjir,  aktiviti  riadah  akibat  jerebu  dan    aktiviti
                                                             membasuh terganggu akibat pencemaran air.


               5.3  Pengurusan Alam Sekitar

                    5.3.1 Pemeliharaan dan      a) Membezakan konsep pemeliharaan dan pemuliharaan alam
                             pemuliharaan       sekitar.

                                                Pemeliharaan  sumber  alam  bermakna  usaha-usaha  untuk
                                                menjaga, memelihara dan melindungi sumber-sumber alam yang
                                                belum diteroka dan dirosak.

                                                Pemuliharaan  sumber  alam  pula  bererti  usaha-usaha  untuk
   174   175   176   177   178   179   180   181   182   183   184