Page 175 - MODUL PENUH GEOGRAFI STPM
P. 175

BAHAGIAN B : ALAM SEKITAR MANUSIA
               Tajuk :  5.0 :  Impak Alam Sekitar dan Pengurusannya.

                          Konsep/Tajuk                                     Huraian

               5.0  5.1  Impak aktiviti         a)  Mengenal  pasti  impak  aktiviti  manusia  terhadap  alam  sekitar
                    manusia terhadap alam           iaitu:
                    sekitar
                                                   i.   Kemerosotan kualiti alam sekitar
                                                       Kemerosotan kualiti alam sekitar merujuk kepada unsur air,
                                                       udara,  tanih    yang  telah  dicemari  oleh  unsur-unsur
                                                       pencemaran  dan  tidak  selamat    untuk  digunakan  oleh
                                                       manusia mengikut piawaian antarabangsa.
                                                          Contoh  air  sungai  atau  tasik  atau  laut  yang  telah
                                                           dicemari  oleh  sisa  kumbahan,  minyak,  bangkai
                                                           binatang,  virus,  racun,  pH  air  yang  berasid  (1-6),
                                                           kandungan BOD yang tinggi, berwarna atau keruh dan
                                                           berbau busuk.
                                                          Contoh udara yang tercemar ialah kandungan PM10 dan
                                                           PM2.5 yang tinggi, meningkatnya gas-gas rumah hijau
                                                           dalam  udara,  kandungan  asap  dan  jarak  penglihatan
                                                           yang rendah.

                                                  ii.   Kemerosotan dan kepupusan sumber
                                                       Kemerosotan  dan  kepupusan  sumber  merujuk  kepada
                                                       sumber-sumber alam semulajadi yang semakin berkurangan
                                                       dan mengalami kepupusan atau kemusnahan akibat aktiviti
                                                       manusia atau bencana alam.
                                                          Contohnya  kepupusan  hutan  -  kehabisan  sumber  kayu
                                                           berkualiti seperti cengal, meranti, keruing .
                                                          Kehabisan  sumber  galian/  mineral  seperti  bijih  timah,
                                                           petroleum dan gas asli, bijih besi .
                                                          Kemerosotan  kualiti  tanih  dan  kawasan  tanih  yang
                                                           sesuai untuk pertanian.
                                                          Kemerosotan bilangan haiwan seperti tapir, harimau dan
                                                           gajah.

                                                b)  Menghuraikan  impak  aktiviti  manusia  terhadap  persekitaran
                                                    fizikal

                                                  i.   Kemerosotan kualiti alam sekitar:
                                                       Hakisan  tanah  /  tanah  runtuh  dan  kegagalan  cerun
                                                       meningkat  disebabkan  aktiviti  manusia  seperti  potongan
                                                       bukit untuk pembinaan jalan raya dan kawasan pembinaan
                                                       perumahan dan komersil.
                                                       Banjir  berlaku  apabila  hutan  ditebang  secara  berleluasa
                                                       untuk  mendapatkan  bekalan  kayu  dan  untuk  membuka
                                                       ladang pertanian baru .  Ini menyebabkan proses resapan air
                                                       ke  dalam  tanih  semakin  rendah  dan  larian  air  permukaan
                                                       tinggi dan kelodak memenuhi sungai dan menjadikan sungai
                                                       semakin  cetek.  Apabila  hujan  turun  dengan  lebat,    sungai
                                                       yang  cetek  tidak  mampu  untuk  menampung  isipadu  air
                                                       sungai dan  akan melimpah serta membanjiri tebing sungai
                                                       di peringkat hilir.
   170   171   172   173   174   175   176   177   178   179   180