Page 177 - MODUL PENUH GEOGRAFI STPM
P. 177

ii.   Impak kemerosotan dan kepupusan sumber

                                                          Kepupusan sumber kepelbagaian biologi: Eksploitasi
                                                           sumber biologi seperti sumber hutan dan sumber marin
                                                           telah  menyebabkan  ada  di  antara  spesies  mengalami
                                                           kepupusan  dan  lenyap.  Ini  menyebabkan  kepelbagaian
                                                           spesies semakin kurang.

                                                          Kehabisan  sumber:  Penggunaan  dan  eksploitasi  yang
                                                           berterusan  sumber  semula  jadi  secara  berterusan  akan
                                                           menyebabkan stok sumber semakin berkurangan,  habis
                                                           dan  kepupusan.    Kepupusan  itu  bergantung  kepada
                                                           sebanyak  mana  sumber  itu  dieksploitasi  dan  berapa
                                                           banyak  stok  sumber  yang  dimiliki.    Jika  sumber
                                                           diekspoitasi  secara  skala  besar  dan  amaun  stok  yang
                                                           terhad  maka  jangka  masa  kehabisan  sumber  akan
                                                           menjadi lebih cepat.


                                                c)  Menjelaskan aktiviti manusia yang menjejaskan alam sekitar:

                                                    i.  Aktiviti  perhutanan:
                                                       Penebangan  hutan  menyebabkan  kemusnahan  habitat  flora
                                                       dan fauna.  Banyak speises orkid dan herba musnah akibat
                                                       penggondolan  hutan  untuk  sumber  kayu  kayan.    Haiwan
                                                       kehilangan  habitatnya  dan  terpaksa  berhijrah  ke  kawasan
                                                       baru  dan  kadang-kadang  memasuki  wilayah  yang  didiami
                                                       manusia.    Perhutanan  juga  menyebabkan  lantai  hutan
                                                       didedahkan  kepada  unsur  cuaca  seperti  hujan.    Ini
                                                       meningkatkan  larian  air  permukaan  dan  menyebabkan
                                                       hakisan tanah berlaku dengan giat dan di kawasan bercerun
                                                       memungkinkan kejadian tanah runtuh.  Kejadian ini mampu
                                                       menjejaskan alam sekitar.

                                                   ii.  Aktiviti perindustrian:
                                                       aktiviti  perindustrian  seperti  industri  menapis  petroleum
                                                       yang melibat proses yang membebaskan banyak gas karbon
                                                       dioksida  akan  mencemarkan  udara  dan  meningkatkan  suhu
                                                       setempat.    Industri  pemprosesan  kelapa  sawit  juga
                                                       membebaskan  asap  dan  karbon  dioksida  yang  banyak  turut
                                                       meningkatkan  kadar  pencemaran.    Industri  tekstil  yang
                                                       membuang sisa bahan pewarna dan peluntur ke longkang dan
                                                       sungai  akan  menjejaskan  air  dan  meningkatkan  kandungan
                                                       bahan  kimia  berbahaya  di  dalam  air  sungai.    Ini
                                                       peningkatkan pencemaran air dan menjejaskan alam sekitar.

                                                  iii.  Aktiviti  pengangkutan  dan  perhubungan:  pertambahan
                                                       kenderaan yang menggunakan jalan raya akan meningkatkan
                                                       penggunaan  bahan  api  fosil  yang  akan  meningkatkan
                                                       pelepasan  gas  karbon  monoksida  ke  udara.    Kandungan
                                                       karbon monoksida dan karbon dioksida yang dilepaskan oleh
                                                       kereta,  bas  dan  lori  akan  menyebabkan  udara  di  kawasan
                                                       yang  banyak  penggunaan  kenderaan  tercemar.  Pencemaran
                                                       udara yang tinggi terutamanya di kawasan pusat bandar akan
   172   173   174   175   176   177   178   179   180   181   182