Page 174 - Buku Teks Digital Mate KSSM T5
P. 174

Bab 6  Ketaksamaan Linear dalam Dua Pemboleh Ubah


                        Contoh     14

                      Puan  Carol  perlu  memilih  selebih-lebihnya  20  orang  murid  untuk  suatu  pertandingan  koir.
                      Bilangan peserta perempuan sekurang-kurangnya dua kali peserta lelaki.
                      (a)  Tulis dua ketaksamaan linear selain x ≥ 0 dan y ≥ 0 yang mewakili syarat pemilihan peserta
                          pertandingan koir.
                      (b)  Lukis dan lorek rantau yang memuaskan sistem ketaksamaan linear di atas.
                      (c)  Daripada graf,
                           (i)   tentukan bilangan minimum dan maksimum peserta perempuan apabila bilangan peserta
                              lelaki ialah lima orang.
                          (ii)   tentukan sama ada syarat pemilihan dipatuhi jika lapan orang murid lelaki ingin menyertai
                              pertandingan koir tersebut. Berikan justifikasi anda.

                      Penyelesaian:                                                            Indikator
                      (a)  Katakan x = peserta perempuan dan y = peserta lelaki         Graf ketaksamaan
                          x + y ≤ 20             y perlu dijadikan perkara rumus agar rantau   dilukis pada sukuan
                                                                                        pertama sahaja
                          x ≥ 2y atau 2y ≤ x        ketaksamaan ditanda dengan betul.   kerana situasi
                                                                                        melibatkan pemboleh
                      (b)  x + y = 20;      2y = x                                      ubah x dan y yang
                                                                                        mewakili bilangan.
                            x  0   20         x  0   20
                            y  20  0          y  0   10
                                                                                            ZON INFORMASI

                                           y (lelaki)                                  Sistem ketaksamaan            6
                                                                                       linear merupakan asas
                                                                                       yang digunakan dalam          BAB
                                            20                                         bidang perniagaan
                                                 x + y = 20                            untuk mendapatkan
                                            15                                         keuntungan maksimum
                                                                                       dengan menggunakan kos
                                            10                    2y = x               minimum yang melibatkan
                                                                                       sumber-sumber terhad
                                                                                       seperti tenaga manusia,
                        5 orang peserta lelaki  5                                      bahan mentah dan
                                                                                       kewangan.
                                                                      x
                                             O     5        15   20 (perempuan)

                                                                                                 Celik Minda
                                                       10  }
                                                        Julat peserta perempuan         Bina ketaksamaan linear
                                                         yang sepadan dengan 5          yang sesuai bagi syarat
                                                          orang peserta lelaki          berikut.
                                                                                           y selebih-lebihnya tiga
                                                                                           kali x.
                                                                                             Hasil tambah x dan y
                      (c)  (i)  Peserta lelaki, y = 5 orang                                kurang daripada 100.
                                                                                           x melebihi y sekurang-
                              Peserta perempuan, x : minimum = 10 orang                    kurangnya 20.
                                                                 maksimum = 15 orang         Beza y dan x kurang
                                                                                                      Saiz sebenar
                          (ii)  Tidak, kerana nilai y = 8 berada di luar rantau berlorek.  daripada 50.
                                                                                                           173
   169   170   171   172   173   174   175   176   177   178   179