Page 85 - athirah e book
P. 85

• Fahami punca stres. Selidik punca yang menyebabkan stres terjadi kepada


                    anda. Cari masalah dalam diri satu persatu. Senaraikan punca atau masalah

                    tersebut supaya dapat mengenal pasti jenis stres yang baik dan tidak baik.

                    Kemudian, cuba mengubah rutin dan kebiasaan yang selalu dilakukan sehingga


                    menyebabkan ketegangan kepada diri.







                • Luahkan kepada keluarga dan rakan-rakan. Sebagai seorang manusia, kita

                    hendaklah berinteraksi dengan orang lain agar hidup tidak berseorangan. Hal

                    ini kerana berseorangan juga boleh menimbulkan perasaan stres. Kita perlukan


                    seseorang untuk menyokong dan mendorong supaya hidup lebih bermotivasi

                    dan ia juga akan menghilangkan rasa rungsing yang berada dalam fikiran. Kita

                    juga boleh meluahkan segala masalah yang dihadapi kepada mereka. Mungkin


                    mereka dapat membantu dengan memberi cadangan atau sokongan dari segi

                    mental.
   80   81   82   83   84   85   86   87   88