Page 73 - RAHMATAN LIL ALAMIN KONSEP DAN PENJELASAN.FINALWEB (1)
P. 73
RAHMATAN LIL 'ALAMIN
KONSEP DAN PENJELASAN 63
Malangnya, terdapat segelintir daripada kita yang tergelincir
daripada landasan. Kafir-mengkafir, penggunaan label
yang buruk terhadap mereka yang berbeza pendapat dan
penghinaan yang dahsyat terhadap mereka yang tidak sealiran
telah mengundang persepsi negatif terhadap agama Islam
itu sendiri amnya dan institusi agama khususnya.
Islam dan institusinya mulai ditohmah sebagai anti-pemikiran,
tidak mesra perbezaan pendapat, bersikap kuku besi,
penuh kekasaran dan cenderung hanya untuk menghukum
berbanding berhujah secara matang. Persepsi negatif ini
hanya dapat dihilangkan melalui reformasi sikap kita dalam
menanggapi kepelbagaian aliran, menyantuni mereka yang
berbeza dengan penuh hikmah dan sopan santun sebagai
satu bentuk aplikasi konsep Islam Rahmatan lil ‘Alamin.
Perkara yang haq tidak boleh ditegakkan dengan cara yang
bathil. Kebenaran dan kebathilan tidak boleh sama sekali
dicampur-adukkan. Firman Allah SWT:
Maksudnya: “Dan janganlah kamu campur adukkan
yang benar itu dengan yang salah...”
(Surah al-Baqarah: ayat 42)