Page 78 - RAHMATAN LIL ALAMIN KONSEP DAN PENJELASAN.FINALWEB (1)
P. 78
68 RAHMATAN LIL 'ALAMIN
KONSEP DAN PENJELASAN
Islam menyebut kerangka negara ideal yang penuh dengan
nikmat pembangunan dan kebaikan sebagai Baldatun
Tayyibatun wa Rabbun Ghafur sepertimana dalam firmanNya;
“ Demi sesungguhnya adalah bagi penduduk negeri Saba’ satu
tanda (membuktikan kemurahan Allah) yang terdapat di tempat
tinggal mereka, iaitu dua kumpulan kebun yang luas yang terletak
di sebelah kanan dan kiri, lalu dikatakan kepada mereka, makanlah
dari rezeki pemberian Tuhan kamu dan bersyukurlah kepadaNYA
negeri kamu adalah negeri yang baik aman dan makmur serta
Tuhan kamu adalah Tuhan yang Maha Pengampun”.
(Surah al-Saba’ : ayat 15)
Setiap warganegara Malaysia mengimpikan negara aman
makmur yang dilimpahi keberkatan dan rahmat Allah SWT,
namun membina negara ideal ini memerlukan keazaman
kepimpinan negara dan komitmen rakyat untuk menjayakannya.