Page 76 - RAHMATAN LIL ALAMIN KONSEP DAN PENJELASAN.FINALWEB (1)
P. 76
66 RAHMATAN LIL 'ALAMIN
KONSEP DAN PENJELASAN
Negara Rahmah
Islam adalah agama yang lengkap membina kehidupan. Konsep
kenegaraan dalam Islam amat jelas mementingkan kepimpinan
yang menghayati dasar rahmah untuk diperturunkan kepada
rakyat yang di bawah penjagaannya. Hadis Rasulullah SAW
meletakkan pemerintah yang adil sebagai salah satu dari
golongan yang mendapat perlindungan Allah (Rahmat Allah)
di hari akhirat kelak yang penuh dengan pelbagai ujian.
Sabda Rasulullah SAW daripada Abu Hurairah r.a;
“Tujuh golongan yang akan mendapat perlindungan Allah hari
kiamat di mana tiada perlindungan melainkan perlindungan Allah,
Imam (Pemerintah yang Adil), Pemuda yang membesar dalam
keadaan beribadat pada Allah, Lelaki yang hatinya tersangkut
di masjid, Dua orang yang berkasih kerana Allah bertemu dan
berpisah keranaNYA, Lelaki yang diajak melakukan maksiat
dengan wanita yang ada kedudukan dan tempat seraya berkata:
“aku takut pada Allah, Seorang yang bersedekah dengan hartanya
secara diam-diam sedangkan tangan kirinya tidak mengetahui
apa yang dibelanjakan tangan kanannya dan seorang yang
mengingati Allah secara rahsia sehingga mengalir air matanya
(kerana takut pada Allah)”.
(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)