Page 75 - RAHMATAN LIL ALAMIN KONSEP DAN PENJELASAN.FINALWEB (1)
P. 75

RAHMATAN LIL 'ALAMIN
                                                  KONSEP DAN PENJELASAN 65



              Ibn ‘Abdil Barr sewaktu menjelaskan hadis ini yang turut
              terdapat dalam kitab Muwatta’ menyatakan bahawa hadis
              ini melarang keras amalan mengkafirkan orang Islam kerana
              perlakuan dosa, ataupun mengkafirkan mereka kerana takwilan
              dan pendapat yang meskipun bercanggah dengan pandangan
              umum majoriti ulama, namun masih tidak terkeluar daripada
              Islam. (Lihat al-Tamhid li ma fi al-Muwatta’ oleh Ibn ‘Abd
              al-Barr, 17/14)

              Baginda SAW juga melarang perbuatan mencela dan mencaci
              dalam hadis yang lain:







                   Maksudnya:  Mencela orang Muslim itu satu
                   kefasikan, membunuh mereka pula adalah satu
                   kekafiran.

                                   (Hadis Riwayat Bukhari; No. 7076)



              Pelaksanaan Amar Maaruf Nahi Munkar sebagai satu kerja
              kebajikan yang terpuji, tetapi akan berlaku pertentangan jika
              dicampuradukkan dengan amalan yang keji seperti kafir-
              mengkafir dan cela-mencela.
   70   71   72   73   74   75   76   77   78   79   80