Page 74 - RAHMATAN LIL ALAMIN KONSEP DAN PENJELASAN.FINALWEB (1)
P. 74

64   RAHMATAN LIL 'ALAMIN
                 KONSEP DAN PENJELASAN


                       Pelaksanaan Amar Maaruf

                        Nahi Munkar sebagai satu

                      kerja kebajikan yang terpuji,

                  tetapi akan berlaku pertentangan
                    jika dicampuradukkan dengan

                     amalan yang keji seperti kafir-

                     mengkafir dan cela-mencela.




              Imam al-Maraghi menukilkan dalam tafsirnya daripada kitab
              al-Taisir bahawa ayat ini ditujukan kepada kaum Muslimin
              dan  setiap  daripada  golongan  mereka.  Jelasnya,  firman
              tersebut bermaksud: “Wahai para pemerintah! Janganlah kamu
              mencampurkan keadilan dan kezaliman. Wahai para hakim!
              Janganlah kamu mencampurkan sesuatu keputusan dengan
              sogokan.” (Lihat Tafsir al-Maraghi, 1/105)

              Larangan  kafir-mengkafir  telah  ditegaskan  oleh  Baginda
              Nabi SAW:










                   Maksudnya:  Barangsiapa  yang  berkata  kepada
                   saudaranya ‘wahai kafir’ maka telah kafirlah salah
                   seorang daripada mereka.
                                  (Hadis Riwayat Bukhari ; No. 6104)
   69   70   71   72   73   74   75   76   77   78   79