Page 2 - cot_Neat
P. 2

PENGENALAN


               Dalam  peningkatan  profesionalisme,  pensyarah  perlu  secara  berterusan  mengurus
               perubahan dengan cekap dan berkesan. Sehubungan itu pensyarah IPG perlu sentiasa
               mengemaskini    pengetahuan  (kandungan  kurikulum)  dan  kompetensi  (pedagogi  PdP)
               supaya kekal relevan dan segar agar dapat memenuhi  dengan keperluan semasa, dan
               akan datang.

               Ini sejajar dalam merealisasikan transformasi pendidikan melalui Pelan Pembangunan
               Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013 – 2025  dalam gelombang 2 (2016 ke 2020)  iaitu
               meningkatkan  sistem  latihan  praperkhidmatan.  Menyedari  kepentingan  pensyarah
               memahami dan bersedia melakukan perubahan dalam PdP dengan pembelajaran abad
               ke-21 maka  Jawatankuasa Akademik telah merangka Manual Pengurusan Co –Teaching
               IPG KIK dengan memastikan ciri-ciri PAK 21 berikut ini dijelmakan,










               Bagi memastikan kejayaan pelaksanaan PAK 21 , Professional Learning Community (PLC)
               dijadikan  sebagai  asas  memantapkan  pedagogi  pensyarah.  PLC  dalam  kalangan
               pensyarah  IPGKIK  akan  dibugarkan  secara  intensif  melalui  co-teaching  kerana  ia
               menyediakan  ruang  peluang  berlakunya  aktiviti  perkongsian  ilmu,  kepakaran  dan
               partnership.




               Manual  ini  dihasilkan  bertujuan  untuk  memberi  panduan  kepada  pensyarah  dalam
               melaksanakan pengajaran dan pembelajaran secara kolaboratif dan komunikatif sejajar
               dengan  pedagogi  abad  21.  Diharapkan  manual  ini  dapat  membentukkan  Profesional
               Learning  Community  dalam  kalangan  pensyarah  berkomunikasi  ke  arah    “What  the
               students going to learn rather than how we are going to teach”.
















               2
   1   2   3   4   5   6   7