Page 3 - cot_Neat
P. 3

KONSEP


               Co-Teaching  merupakan persekitaran pembelajaran di mana dua atau lebih pensyarah
               berkongsi     tanggungjawab       terhadap     perancangan      pengajaran,     penyampaian
               pembelajaran, dan pemantauan kemajuan semua pelajar yang ditugaskan di dalam bilik
               darjah  tersebut.  Sebagai  satu  pasukan,  pensyarah  berkongsi  ruang  pembelajaran  di
               dalam  bilik  darjah,  bekerja  secara  kolaboratif  membentuk  keputusan  terhadap
               pengajaran, dan berkongsi tanggungjawab terhadap akauntabiliti pelajar (Friend, Cook,
               Chamberlain & Shamberger, 2010)

               Co-Teaching  merupakan  model  pengajaran  yang  mengutamakan  kolaboratif  dan
               komunikasi dalam kalangan ahli dalam pasukan pensyarah untuk memenuhi keperluan
               semua pelajar-pelajar yang heterogenus.  Menurut Bacharach dan Heck (2011), guru-
               guru  yang  melaksanakan  strategi  Co-Teaching  perlu  mempunyai  persepsi  bahawa
               mereka memainkan peranan yang sama berat sebelum, semasa dan selepas pengajaran.

               Dalam konteks IPGKIK, model Co-Teaching diadaptasi dan digunakan sebagai salah satu
               strategi  pengajaran  pensyarah  untuk  membentuk  persekitaran  pembelajaran  yang
               berpusatkan pelajar. Setiap pensyarah mempunyai kepakaran dan perspektif yang unik
               yang boleh memperkayakan persekitaran pembelajaran. Pensyarah bekerjasama untuk
               mencapai  matlamat  yang  dipersetujui  bersama.  Terdapat  beberapa  pendekatan  yang
               boleh  digunakan  oleh  pensyarah  dalam  strategi  Co-Teaching  ini.  Pensyarah  boleh
               menggunakan satu atau lebih daripada satu pendekatan mengikut kesesuaian kepada
               kursus/ topik yang diajar.





                        Co-Teaching BUKAN

                             Pensyarah mengajar topik berselang seli

                             Seorang mengajar dan yang lain menghasilkan bahan atau

                               menilai pelajar
                             Seorang mengajar dan yang lain duduk, berdiri dan melihat

                               tanpa diberi tugas atau fungsi
                             Kaedah mengajar ditentukan oleh seorang sahaja iaitu

                               pensyarah yang mengajar.
                             Seorang pensyarah sebagai tutor sepanjang kursus.









               3
   1   2   3   4   5   6   7   8