Page 27 - 73rd Issue info kampus : UiTM Sarawak Bulletin
P. 27
27
Pendedahan Teknik Penulisan Ilmiah
Oleh: Voon Li Li
rogram Penulisan 2016 merupakan program satu hari yang dianjurkan bersama oleh
Unit Penulisan dan Penerbitan UiTM Sarawak dan Institute of Leadership, Assessment &
PDevelopment (ILD) pada 3 November 2016 bertempat di UiTM Sarawak, Kampus Samarahan
2. Di antara objektif program ini adalah memberi bimbingan mengenai kaedah mengolah dan
menulis semula laporan penyelidikan, inovasi, bahan pengajaran dan program aktiviti untuk
diterbitkan sebagai buku, menulis artikel untuk penerbitan dalam jurnal ilmiah, mengenalpasti
jenis-jenis penerbitan berindeks utama serta menangani komen penilai jurnal berimpak tinggi
semasa menyemak semula artikel. Barisan penceramah yang dijemput adalah terdiri dari mereka
yang berpengalaman, iaitu Profesor Madya Iris Syawe Seh Ling, Profesor Madya Dr. Sandra Sim Phek
Lin dan Profesor Madya Dr. Corina Joseph. Seramai 46 orang peserta telah mengikuti program ini. Maklumbalas yang diterima
daripada para peserta adalah amat memberangsangkan dan diharap bengkel seperti ini dapat diteruskan di masa hadapan.
LATIHAN SISTEM PERPUSTAKAAN
(WEB BASED INTEGRATED LIBRARY SYSTEM; WILS) PERINGKAT ZON SARAWAK
Oleh: Abang Mohd. Farizan Abang Yakup
ntegrated Library Management Utility atau lebih dikenali sebagai sistem ILMU yang telah digunakan
sejak tahun 2000 merupakan tunjang utama pengoperasian Perpustakaan Tun Abdul Razak Kampus
ISarawak. Sistem ini memainkan peranan penting dalam melaksanakan operasi kerja harian yang
meliputi pelbagai aspek; pembelian bahan, perkhidmatan pinjaman, pemulangan dan berbagai modul
yang terdapat di dalam sistem ini. Sistem ini yang menggantikan sistem SISPUKOM merupakan satu
revolusi dalam membantu pengurusan perpustakaan yang lebih sistematik dan efektif.
Mohamad Hamidi Mohd Jais
Web Based Integrated Library System atau pun WILS merupakan sistem baharu yang bakal digunakan oleh semua perpustakaan
UiTM di seluruh Malaysia secara berperingkat. Sistem baharu ini bakal menggantikan sistem lama; ILMU yang telah digunapakai
di PTAR Kampus Sarawak sejak tahun 2000.
Dua orang staf PTAR UiTM Selangor, Encik Mohamad Hamidi Mohd Jais (Timbalan Ketua Pustakawan, Bahagian Pengurusan
Sistem Perpustakaan, Jabatan Perkhidmatan Perpustakaan) dan Encik Muhamad Fadzlie b. Abd Malek (Penolong Pegawai Sistem
Maklumat) telah bertugas sebagai fasilitator bersama Encik Deepak Saxena (penceramah dari syarikat LibSys India). Mereka
memberi penerangan serta latihan kepada 30 orang staf PTAR Kampus Sarawak. Dengan penggunaan sistem baharu yang dijangka
mula digunapakai pada awal tahun 2017, ia dapat membantu staf perpustakaan untuk melaksanakan tugas serta memberikan
perkhidmatan terbaik kepada para pengguna.
Bengkel Penyediaan ‘Master Plan’ Latihan Praktikal Program Kejururawatan
Oleh: Frannelya Francis
ada 21 dan 22 November 2016 yang lalu, Program Diploma Kejururawatan telah mengadakan
bengkel dua hari bagi penyediaan ‘master plan’ latihan praktikal, format penilaian pelajar
Pberpraktikal dan penyediaan laporan ‘Soaring Upwards 2016’ yang bertempat di Bilik
Mesyuarat Perpustakaan, Kampus Samarahan 1. Bengkel yang dihadiri oleh 9 orang staf Fakulti
Sains Kesihatan (Program Kejururawatan) ini dimanfaatkan sepenuhnya dengan aktiviti ceramah
serta hands-on dalam menghasilkan ‘master plan’ latihan praktikal pelajar yang diketuai oleh
Puan Dorothy Kulai; perbincangan mengenai matlamat ‘soaring upwards’ untuk tahun 2016
serta 2017 oleh Cik Norazlin Abdullah; dan juga perbincangan mengenai penilaian pelajar di
tempat praktikal yang merangkumi case study dan learning diaries oleh Puan Liew Siew Kee.
Bengkel ini menjadi medan perkongsian idea untuk mencapai kata sepakat dan keseragaman
dalam menghasilkan penilaian pelajar di tempat praktikal. Selepas mencungkil idea, semua
staf dibawa ke studio gim Blok F untuk sesi ‘Mind & Soul Therapy’ bagi bersenam demi kesihatan bersama. Bengkel ini ternyata
mencapai matlamatnya dan diharapkan penganjuran aktiviti sebegini dapat diadakan pada masa hadapan.
UiTM Mukah Research Series 2016
Oleh: Ting Hie Ling
ejak bulan Ogos 2016, UiTM Mukah Research Series telah diadakan sebulan
sekali di Bilik Mesyuarat Utama Pejabat Penolong Rektor, UiTM Kampus
SMukah. Tujuan aktiviti ini diadakan adalah untuk menyediakan peluang
kepada para pensyarah untuk berkongsi hasil penyelidikan dengan pensyarah lain
serta mengemaskini penyelidikan yang sedang dijalankan di kalangan pensyarah.
Dengan sokongan dan penglibatan para pensyarah, Research Series ini telah
berjaya diadakan pada 25 Ogos, 10 November dan 8 Disember 2016.