Page 5 - 73rd Issue info kampus : UiTM Sarawak Bulletin
P. 5

5

        Menyingkap Hubungan Islam

        di Jawa dan Borneo (Sarawak)                                                            Oleh: Ch’ng Looi Chin


                                                  unjungan hormat ke pejabat Tuan Yang Terutama (TYT) Tun Pehin Sri Haji
                                                  Abdul Taib Mahmud, Yang di-Pertua Negeri Sarawak telah diadakan pada 20
                                               KOktober 2016 untuk membentang hasil Kajian Wali Songo yang diketuai oleh
                                                YBhg. Profesor Dato Dr. Jamil Haji Hamali, Rektor UiTM Sarawak dan dianggotai
                                                oleh pensyarah  dari Akademi Pengajian Islam Kontemporari (ACIS), UiTM
                                                Sarawak, Dr. Hadenan bin Towpek, Dr. Abdul Razak bin Abdul Kadir, Ustazah Hjh.
                                                Sharifah Anom Omar dan Dr. Saimi bin Bujang. Turut hadir di kunjungan hormat
                                                tersebut adalah Profesor Madya Dr. Firdaus Abdullah, Penolong Rektor Kampus
                                                Samarahan 2, UiTM Sarawak.

                                                Kajian tersebut adalah antara usaha untuk menyingkap hubungan Islam di
                                                Jawa dan Borneo (Sarawak) melalui pengaruh dan amalan Wali Songo. Bagi
                                                menyempurnakan kajian tersebut, pasukan kajian ini telah berjaya mendapat
                                                data dan maklumat dari pakar dan juga masyarakat tempatan di Jawa Timur,
                                                Jawa Tengah, Jawa Barat, Indonesia dan juga Negara Brunei Darussalam. Selain
                                                itu, pasukan kajian turut mendapat maklumat dari Arsip National Republik
                                                Indonesia, Perpustakaan Nasional Republik Indonesia, Rabiah Alawiyah dan
                                                Universitas  Islam  Negeri  Sharif  Hidayatullah,  Jakarta  Indonesia.  Di  samping
                                                itu, pasukan ini turut mendapat kerjasama dari Pusat Sejarah Negara Brunei
                                                Darussalam. Hasil daripada kajian mendapati bahawa pengaruh dan amalan
                                                Wali Songo sememangnya memberi kesan secara langsung dalam perkembangan
                                                dan amalan masyarakat Islam di Borneo dan Sarawak khasnya. Selain dari itu,
                                                dapatan yang menarik ialah pertalian pemimpin negeri Sarawak dengan Wali
                                                Sunan Ampel dan Kesultanan Brunei serta Nabi Muhammad SAW. Beberapa
                                                buah buku akademik akan diterbitkan hasil daripada kajian ini. Di samping itu,
                                                beberapa kajian lanjut akan dilakukan bagi memastikan sejarah perkembangan
                                                Islam di Sarawak terus terpelihara dan dibukukan untuk generasi yang akan
                                                datang.


             Rektor UiTM Sarawak Penerima

             Anugerah Ma’al Hijrah Kategori

                       Pegawai Awam Contoh



                                   Oleh: Mohammad Abang
           ektor UiTM Cawangan Sarawak, Profesor Dato Dr. Jamil Haji Hamali telah dipilih sebagai
           salah seorang daripada tujuh penerima Anugerah Ma’al Hijrah 1438H/2016 peringkat
        Rnegeri Sarawak yang berlangsung di Betong baru-baru ini. Beliau menerima Anugerah
        Ma’al  Hijrah  Kategori  Pegawai  Awam  Contoh,  sekali  gus  menerima  hadiah  berupa  trofi,
        sijil serta wang tunai bernilai RM5,000. Anugerah tersebut disampaikan oleh Tuan Yang
        Terutama Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Pehin Sri Abdul Taib bin Mahmud.




        THE    8    ANAK    SARAWAK
                     th

        AWARD    2016                               By: Margaret Chan Kit Yok


           he 8  Anak Sarawak Award was held on 5 August 2016 at Imperial Hotel,
               th

           Kuching in conjunction with 10 years of business events of the Sarawak
        TConvention Bureau. The auspicious event was graced by The State Governor,
        His  Excellency,  Tun  Pehin  Sri  Abdul  Taib  Mahmud.  This  event  was  held  in
        recognition of the involvement of hosts of conferences and industry partners’
        positive contributions in the growth of business events in Sarawak. Associate
        Professor Dr. Margaret Chan was one of the recipients honoured with  Anak
        Sarawak 2016 Appreciation pin during the occasion. As further recognition of   Anak Sarawak Special winners with the Guest of Honour,
        her contributions, Dr. Margaret is appointed to the Board of Directors effective   State Governor, His Excellency, Tun Pehin Sri Abdul Taib
                                                                               Mahmud and the Board of Directors
        from 1 January 2016.
   1   2   3   4   5   6   7   8   9   10