Page 10 - 73rd Issue info kampus : UiTM Sarawak Bulletin
P. 10
10
Usaha dan Doa Ibubapa Penyumbang Kejayaan
Oleh: Mohammad Abang
niversiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Sarawak sekali lagi mencatat sejarah
tersendiri apabila hampir 1,500 graduan menerima ijazah dan diploma sempena
Uistiadat Konvokesyen UiTM ke-85 yang berlangsung selama dua hari bermula
7-8 November 2016 di Dewan Jubli, UiTM Sarawak.
Lebih istimewa, istiadat konvokesyen kali ini kerana kesemua transkrip akan dianugerahkan
kepada semua graduan oleh Yang Berbahagia Tan Sri Dato’ Sri Haji Safri Awg Zaidell yang
baharu sahaja dilantik sebagai Pro Canselor UiTM. Istiadat konvokesyen kali ini merupakan
kali pertama dihadiri oleh Pro Canselor baharu selepas diisytihar pelantikannya oleh
Tuanku Canselor, Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong baru-baru ini.
Pelantikan beliau adalah bertepatan kerana merupakan tokoh yang tidak asing lagi serta
dilabel tokoh serba boleh berdasarkan pengalaman luasnya semasa bertugas sebagai
penjawat awam, badan berkanun serta sektor swasta selain masih bergerak aktif dalam
bidang kemasyarakatan dan kebajikan. Malah beliau juga merupakan tokoh kedua dari
Bumi Kenyalang yang dilantik sebagai Pro Canselor selepas Allahyarham Tan Sri Datuk
Amar Dr. Sulaiman Daud.
Istiadat konvokesyen yang penuh gemilang itu turut dihadiri Rektor UiTM Sarawak, Profesor
Dato Dr. Jamil Haji Hamali, Timbalan Rektor Hal Ehwal Akademik, Profesor Madya Dr. Rosita
Haji Suhaimi, Timbalan Rektor Hal Ehwal Pelajar UiTM Sarawak, Profesor Madya Wan Akil
Tuanku Abdullah, Timbalan Rektor Penyelidikan dan Jaringan Industri, UiTM Sarawak,
Profesor Madya Dr. Hajah Rasidah Mahdi, Penolong Rektor UiTM Sarawak Kampus Mukah,
Tuan Haji Khalik Ibrahim, Penolong Rektor UiTM Sarawak Kampus Samarahan 2, Profesor
Madya Dr. Firdaus Abdullah, selain ketua-ketua bahagian, ibubapa, graduan serta tetamu-
tetamu lain.
Sementara itu, Nurhayatun Sobariah Abdul Razak yang merangkul Anugerah Graduan
Terbaik UiTM Sarawak 2016 sempena Istiadat Konvokesyen UiTM Ke-85 menzahirkan
kejayaannya adalah berkat doa ibu dan bapanya. Dia yang dipilih sebagai penerima
Anugerah Graduan Terbaik Khas Yayasan Sarawak (Sarjana Muda) dan Anugerah Graduan
Terbaik (Sarjana Muda) turut tidak lokek untuk berkongsi rahsia kejayaanya. Graduan
Sarjana Muda Sains (Kepujian) Kimia ini menyatakan kejayaan seseorang anak tidak
hanya datang atas usaha sendiri tetapi ia adalah berkat daripada doa ibu bapa.
“Setiap kali menghadapi peperiksaan, saya akan menghubungi ibu untuk memintanya
berdoa agar peperiksaan saya dipermudahkan,” kata anak sulung daripada enam beradik
yang berasal dari Kedah ini.
Bagaimanapun kejayaan tersebut bukanlah titik penamat sebaliknya dia berhasrat untuk
menyambung pelajaran di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dalam bidang Sains
Kimia supaya mampu merealisasi cita-citanya menjadi seorang saintis terkemuka.
Seorang lagi penerima Anugerah Graduan Terbaik UiTM Sarawak 2016, Noor Zafirah Mohamad
yang turut merangkul dua anugerah iaitu Anugerah Graduan Terbaik Khas Yayasan Sarawak
(Diploma) dan Anugerah Graduan Terbaik (Diploma), juga berkata doa ibu adalah kunci
kepada kejayaannya. Graduan Diploma Pengajian Perniagaan itu, juga sering menghubungi
ibunya untuk meminta doa sebelum menduduki peperiksaan setiap kali tiba peperiksaan
dan menjelaskan tanpa doa ibu, dia tidak akan mencapai kejayaan yang dikecapinya.
Merupakan anak keenam daripada tujuh adik beradik, gadis berusia 22 tahun dari Sabah
itu berhasrat menjadi seorang ahli perniagaan yang berjaya. Beliau sekarang sedang
menuntut di UiTM Kota Kinabalu dalam jurusan Sarjana Muda Pentadbiran Kewangan.
Manakala gadis berbangsa Iban dari Miri, Emelda Bodong, 21, menyifatkan kejayaan yang ditempanya di UiTM adalah
hasil sokongan penuh yang diberikan oleh bapanya walaupun hanya seorang buruh.
“Hasil daripada galakan ibu bapa dan semangat untuk berdikari maka saya berjaya menamatkan pengajian dalam
Diploma Perakaunan,” katanya yang kini sedang melanjutkan pengajian dalam Ijazah Perakaunan. Menurut anak
sulung daripada tiga adik beradik itu, semangatnya untuk berjaya dalam pelajaran didorong cita-citanya yang ingin
menjadi seorang akauntan.