Page 15 - 73rd Issue info kampus : UiTM Sarawak Bulletin
P. 15

15

        PROGRAM PERJUMPAAN DAN AMANAT
                 REKTOR UiTM SARAWAK
             BERSAMA WARGA UiTM MUKAH

                     Oleh: Yahutazi Bin Hj. Chik &                                                   Rektor UiTM Sarawak,
                   Muhammad Syafiq Bin Mat Nazari                                                       Profesor Dato Dr.
                                                                                                     Jamil Hj Hamali turut
                                                                                                       mengunjungi ruang
                                                                                                         Pameran Sistem
             ada 18 Januari 2016, Rektor Universiti Teknologi MARA                                       Maklumat untuk
             Cawangan Sarawak, Profesor Dato Dr. Jamil Hj. Hamali                                     kumpulan IM 110 4B
       Ptelah  mengadakan  lawatan  serta  menyampaikan
        amanat kepada warga UiTM Mukah. Majlis Perjumpaan
        dan Amanat YBhg Rektor bersama staf UiTM Mukah
        telah diadakan di Dewan Kuliah Tellian UiTM Mukah dan
        ketibaan beliau telah disambut oleh Tuan Hj. Khalik Hj.   Perasmian yang
        Ibrahim, Penolong Rektor UiTM Mukah. Majlis itu juga telah   dirasmikan oleh KPP
        dihadiri oleh semua warga pentadbiran dan staf akademik   Pengurusan Perniagaan
                                                              dan Pengurusan Maklumat
        UiTM Mukah. Di dalam ucapannya, beliau memberi        (2016), Puan Norzaihan
        penghargaan kepada semua staf yang telah berpindah dari   binti Hashim selaku
        Kampus Samarahan ke Kampus Mukah.                     Fakulti Pengurusan
                                                              Maklumat dan diiringi
                                                              oleh Encik Khairil bin
        Selesai majlis amanat bersama Rektor, majlis disusuli   Roslan, Pustakawan PTAR
        dengan bacaan ikrar perkhidmatan awam yang diketuai   UiTM Sarawak Kampus
                                                              Samarahan 1
        oleh Encik Mohamad Ismaily Bin Hajani, Pegawai Eksekutif
        Bahagian Pentadbiran. Selesai bacaan ikrar perkhidmatan
        awam tersebut, majlis diteruskan dengan upacara menanam
        pokok berdekatan dengan Dewan Sri Balau, iaitu Pokok   PRESTIGE
        Madagascar  Almond atau  nama lainnya  Umbrella Tree,
        manakala nama saintifiknya pula Terminalia Mentaly.
                                                              Oleh : Suriani Bt Jack
        Pada  sebelah  malamnya  pula,  majlis  diteruskan  lagi
        dengan sesi amanat rektor bersama siswa-siswi UiTM        ada 25 Ogos 2016, Fakulti Pengurusan Maklumat telah
                                                                  mengadakan program PRESTIGE (Promoting Exhibition(s)
        Mukah  di  Dewan  Sri  Balau.  Barisan  kepimpinan  Majlis   P& Talk for Informant (with Games & Event) anjuran pelajar
        Perwakilan Pelajar dan Presiden Persatuan dalaman UiTM   semester empat (4). Program ini telah diadakan di Pusat
        Mukah yang diketuai oleh saudara Muhammad Syafiq Bin   Pelajar dan juga Dewan Kuliah 1, Blok C yang bertempat di UiTM
        Mat Nazari telah menyambut ketibaan YBhg. Dato Rektor.   Sarawak, Kampus Samarahan 1. Seramai 80 orang pelajar telah
        Beliau berharap dengan suasana persekitaran kampus    terlibat di mana ia terbahagi kepada tiga kumpulan. Di antara
        yang baharu, ianya bakal memberikan harapan yang tinggi   objektif-objektif program ini adalah untuk memenuhi kehendak
        kepada semua siswa-siswi untuk mencapai keputusan     kursus IMD 227 iaitu Kursus Promotion of Information Products
        peperiksaan yang cemerlang dengan kemudahan fasiliti   and Services dan memberi pendedahan kepada para pelajar
        yang disediakan. Beliau juga berharap agar para pelajar   Fakulti Pengurusan Maklumat agar mereka mengetahui prospek
        dapat bersama menjulang nama UiTM Sarawak Kampus      kerjaya di dalam bidang Pengurusan Maklumat. Objektif yang
        Mukah ke persada yang lebih tinggi. Lawatan YBhg. Dato   seterusnya  adalah  untuk  memberi  penjelasan  kepada  para
        Rektor ke UiTM Mukah memberikan seribu satu kenangan   pelajar mengenai kehendak industri dan kebolehpasaran
        kepada semua warga UiTM Mukah.                        graduan  dari  Fakulti  Pengurusan  Maklumat  serta  memberi
                                                              motivasi kepada para pelajar supaya lebih berdaya saing dan
                                                              berkeyakinan di dalam mana-mana bidang pekerjaan.

                                                              Perasmian program PRESTIGE telah dilaksanakan oleh Puan
                                                              Norzaihan binti Hashim, selaku Ketua Pusat Pengajian
                                                              Pengurusan  Perniagaan  dan  Pengurusan  Maklumat  (2016).
                                                              Program ini turut  dijayakan oleh  Encik Khairil Bahrom bin
                                                              Rosli, Pustakawan bagi Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR),
                                                              UiTM Sarawak Kampus Samarahan 1. Aktiviti pertama adalah
                                                              penganjuran seminar kerjaya bagi bidang sistem maklumat
                                                              di mana Encik Samuel Lee Siaw Kang, iaitu Pengurus Sumber
                                                              Manusia dari Sarawak Information System Sdn. Bhd (SAINS)
                                                              telah hadir untuk memberikan sedikit  taklimat mengenai
                                                              kerjaya dalam bidang sistem maklumat dan juga peluang
                                                              pekerjaan di SAINS tersebut. Selain itu, aktiviti-aktiviti lain
                                                              yang  turut  dijalankan  adalah  Pameran  mengenai  Sistem
                                                              Maklumat, Aktiviti Permainan, dan juga jualan barangan dari
                                                              para pelajar.
   10   11   12   13   14   15   16   17   18   19   20