Page 11 - 73rd Issue info kampus : UiTM Sarawak Bulletin
P. 11
11
GABEM saran universiti
menyediakan kelayakan kedua kepada pelajar
Oleh: Mohammad Abang
agasan Badan Ekonomi Masyarakat Bumiputera Sarawak (GABEM) menyarankan semua universiti di negara
supaya menyediakan kelayakan kedua iaitu asas keusahawanan kepada pelajar sama ada dalam bentuk
Gdiploma atau sijil bagi membantu kerajaan melahirkan usahawan Bumiputera. Pengerusinya Tan Sri Dr.
Rahim Tamby Chik memberitahu, dengan kelayakan kedua atau sampingan itu, ia akan memberi keyakinan
kepada graduan selepas tamat pengajian dengan memilih usahawan sebagai kerjaya mereka.
“Meskipun belum ada dasar berhubung perkara ini kepada institusi pengajian tinggi tetapi kita berharap
universiti di negara ini dapat memainkan peranan dengan menyediakan kepada mahasiswa kelayakan kedua
iaitu asas keusahawanan sama ada diploma atau sijil.
“Kita mahu menerusi asas itu, di antaranya ia perlu menerapkan tentang bagaimana menguruskan syarikat
secara berkesan selain bagaimana mengurus projek dengan keuntungan lebih baik. Sekurang-kurangnya asas
ini dapat memberi lebih keyakinan kepada mereka (mahasiswa) apabila mereka bergraduat nanti,” katanya.
Berkata semasa demikian dalam sidang media selepas menyampaikan ucaptama Program Konsolidasi
Patriotisme Ekonomi Bumiputera anjuran GABEM di Dewan Jubli UiTM Sarawak. Hadir sama adalah Rektor UiTM
Sarawak, Profesor Dato Dr. Jamil Haji Hamali dan Pengurus Besar Jihad Ekonomi/Anjakan Minda Datuk Jasmi
Ghani.
Beliau memberitahu, kerajaan melalui GABEM memberi tumpuan
kepada graduan universiti kerana percaya golongan tersebut yang
mempunyai latar-belakang pendidikan yang lebih tinggi dan jika
diasuh serta dibentuk dengan baik mampu menjadi usahawan yang
berjaya. Menurutnya, berdasarkan data yang diperolehi daripada
Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) sejak beberapa tahun lalu
mendapati bahawa daripada 100 syarikat bumiputera yang mendaftar,
hanya 18 peratus hingga 20 peratus sahaja daripada mereka dapat
terus berada dalam perniagaan selepas lima tahun beroperasi.
Malahan katanya, jika dilihat sejak mencapai kemerdekaan dan
selepas penggubalan Dasar Ekonomi Baharu (DEB), penguasaan
bumiputera terhadap ekonomi khasnya aspek ekuiti negara masih
tidak memberangsangkan sama sekali.
“Sebagai contoh pada tahun 1970-an, hanya tiga hingga empat
peratus sahaja penglibatan bumiputera dalam ekonomi negara dan
sekarang hanya berada pada tahap 22 peratus sahaja dengan sasaran
30 peratus menjelang tahun 2020,” tegasnya.
Justeru, beliau menegaskan bagi meningkatkan lagi penguasaaan
bumiputera dalam bidang ekonomi, GABEM akan memberi tumpuan
kepada graduan dengan menerapkan asas keusahawanan kepada
mereka melalui program konsolidasi di universiti negara ini. Katanya,
mesej yang dibawa oleh GABEM ke universiti di seluruh negara
adalah untuk menggalakkan pelajar bumiputera supaya membuka
minat baharu untuk menceburkan diri dalam dunia keusahawanan.