Page 14 - 73rd Issue info kampus : UiTM Sarawak Bulletin
P. 14

14

                                                Konferensi Antarabangsa


                                                       Islam Borneo Ke-9




                                                                       Oleh: Yeo Jiin Yih

                                               ada 25 Ogos 2016, Rektor  UiTM Sarawak,  Profesor Dato Dr. Jamil telah
                                               berjumpa dengan Bapak Jahar Gultom, Konsul Jenderal Republik Indonesia
                                         Pdi Kuching. Lawatan ini bertujuan untuk memberi maklumat mengenai
                                          Konferensi Antarabangsa Islam Borneo (KAIB) yang ke 9 kepada beliau.
                                          Konferensi Antarabangsa Islam Borneo Ke-9 telah sempurna diadakan pada 6
                                          dan 7 September 2016, di Banjarmasin, Kalimantan, Indonesia. KAIB merupakan
                                          satu platfom untuk pengkaji dan penyelidik daripada pelbagai negara untuk
                                          turut serta dalam membentangkan penyelidikan mereka. Peserta-peserta
                                          adalah terdiri daripada penyelidik di universiti awam dan swasta daripada
                                          Malaysia, Indonesia dan Brunei Darussalam. Sebanyak 106 kertas kerja
                                          penyelidikan dan lima ucaptama daripada Malaysia dan Indonesia telah
                                          dibentangkan dalam konferensi ini.

                                          Pembukaan perasmian KAIB 9 ini disempurnakan oleh Gabenor
                                          Kalimantan Selatan, Indonesia Syahbirin Noor. Konferensi dua hari ini
                                          dibahagikan kepada empat sidang selari dan dipecahkan kepada lima bilik
                                          pembentangan mengikut topik dan bidang penyelidikan.
                                          Sempena Konferensi Antarabangsa Islam Borneo Ke-9, peserta UiTM Sarawak
                                          juga  melawat  Pasar  Terapung  Lok Bintang  di Banjarmasin,  Kalimantan,
                                          Indonesia.




















          Pertandingan Festival Tari



                     IPT Borneo



                                   Oleh: Yeo Jiin Yih
             ahniah kepada penari UiTM Sarawak atas kejayaan dalam menyertai
             Pertandingan  Festival Tari IPT Borneo yang akan bertanding  di
        TSamarinda,  Indonesia.  Festival Tari  IPT Borneo merupakan medan
        untuk penggerak seni budaya di universiti kepulauan Borneo bergabung,
        bertukar pendapat dan berkreativiti dalam usaha mengembangkan seni
        budaya bangsa agar terus kekal serta diminati generasi akan datang.
        Festival tersebut juga bertujuan untuk mengeratkan silaturahim dan
        kerjasama  serta  perpaduan  kaum  melalui  kebudayaan  di samping
        membantu kerajaan dalam usaha mengekal dan mengembangkan lagi
        kebudayaan, kesenian dan warisan bangsa di kepulauan Borneo.

        Semoga pasukan UiTM Sarawak mampu membuat yang terbaik dan
        merangkul kejuaraan. UiTM Sarawak, BOLEH!
   9   10   11   12   13   14   15   16   17   18   19