Page 16 - 73rd Issue info kampus : UiTM Sarawak Bulletin
P. 16

16                          Melahirkan bakal pemimpin berkarisma melalui MKSB



                                                                                             Oleh: Mohammad Abang
            eramai 48 orang pelajar Ijazah Sarjana Muda UiTM Cawangan Sarawak telah mengikuti Program Pewaris Bangsa peringkat
            Ijazah Sarjana Muda Sesi September 2016-Januari 2017 menerusi Modul Kepimpinan Survival Bangsa (MKSB) yang
        Sberlangsung di Kem Alapong, Lundu. Modul berkenaan adalah satu platform terbaik yang disediakan untuk melahirkan
        seorang pemimpin yang memiliki ciri-ciri kepimpinan yang bukan sahaja mampu menerajui apa sahaja jawatankuasa, kelab
        atau persatuan, malah berupaya memimpin negara kelak.

        Sepanjang tempoh program yang berlangsung selama tiga hari dua malam itu, pelbagai aktiviti telah disusun yang melibatkan
        aspek kepimpinan, survival  bangsa, aktiviti  lasak, kerohanian  dan keagamaan di samping latihan dalam kumpulan. Melalui
        latihan dalam kumpulan, peserta dijana pemikiran mereka dalam menyelesaikan setiap permasalahan yang diberi di samping
        didedahkan kepada kemahiran seperti komunikasi, pengurusan acara dan kepemimpinan. Malah, aspek disiplin peserta turut
        ditekankan sepanjang berlangsungnya program itu, sekali gus menyaksikan mereka patuh kepada peraturan yang ditetapkan
        khususnya berkaitan aspek pengurusan masa.
        Bagi Rektor UiTM Cawangan Sarawak, Profesor Dato Dr. Jamil Haji Hamali, program tersebut berupaya melahirkan bakal pemimpin
        berkarisma di kalangan pelajar UiTM. Beliau menggariskan tiga aspek yang perlu ada pada seorang pemimpin yang hebat, iaitu
        pemikiran, kemahiran dan pengetahuan.
        “Seorang pemimpin perlu mempunyai pemikiran yang positif dan tidak boleh memandang rendah orang lain terutama mereka
        yang dipimpin. Malah pemimpin yang hebat juga perlu menguasai kemahiran terutama kemahiran memimpin, kemahiran
        berkomunikasi dan sebagainya. Pada masa yang sama, pemimpin juga perlu mempunyai ilmu pengetahuan. Anda tidak boleh
        memimpin secara semberono (sebarangan) sahaja kerana ia akan menyebabkan mereka yang dipimpin akan sengsara,” jelas
        beliau semasa berucap pada majlis penutupan modul berkenaan di Kem Alapong.
        Hadir sama pada majlis tersebut adalah Encik Shahrin Sulaiman, Ketua Unit Kepimpinan Pelajar (UPK) UiTM Cawangan Sarawak,
        Tuan Haji Reduan Tuah, Pengurus Kem Alapong, para fasilitator serta peserta-peserta.





















             iTM  Cawangan  Sarawak  sentiasa  menambah-baik  program  yang  ditawarkan  di  ketiga-tiga
             kampusnya dari semasa ke semasa bagi memenuhi kehendak industri di Sarawak. Rektornya,
       UProfesor Dato Dr. Jamil Haji Hamali berkata, pertambahan program yang ditawarkan itu juga bagi
        menyediakan tenaga kerja yang mencukupi di Koridor Tenaga Diperbaharui Sarawak (SCORE) selain
        keperluan tenaga kerja dalam bidang teknikal negara.
        “Ketika ini, UiTM Sarawak menawarkan sebanyak 23 program diploma dan 2 lagi program di peringkat
        pra-diploma serta lebih 10 program di peringkat ijazah sarjana muda. Kami turut menawarkan 22
        program di peringkat pasca siswazah iaitu 8 program doktor falsafah manakala selebihnya program
        di peringkat sarjana,

        “Bagi memenuhi keperluan teknikal pula, kami turut menawarkan kursus jangka pendek kepada
        syarikat atau organisasi yang mahu melatih pekerja mereka dalam kemahiran tertentu. Justeru itu,
        kami sering mengadakan bekerjasama dengan kerajaan negeri dalam program kemahiran di negeri
        ini,” katanya pada majlis Berbuka Puasa Bersama Media di salah sebuah hotel di Kuching.
        Katanya, UiTM Sarawak yang mula beroperasi di negeri ini pada tahun 1973 dengan 94 orang pelajar
        kini mempunyai seramai 9,887 penuntut dengan kira-kira 400 pensyarah di ketiga-tiga kampus di
        negeri ini iaitu 2 kampus di Samarahan dan sebuah kampus di Mukah. Beliau turut menambah, UiTM
        Sarawak merupakan di antara cawangan UiTM yang mempunyai bilangan pensyarah dengan kelayakan
        Doktor Falsafah (PhD) paling ramai.

        “Ini adalah sebahagian usaha pihak pengurusan UiTM dalam usaha memastikan para pelajar
        mendapat ilmu daripada pensyarah yang pakar dalam bidang masing-masing. Kami amat menitik-
        beratkan kepakaran tenaga pensyarah dalam melahirkan graduan yang berkualiti,” ujarnya.

        Hadir sama  pada majlis  tersebut  adalah Ketua Unit  Komunikasi  Korporat dan Perhubungan
        Antarabangsa UiTM Sarawak, Profesor Madya Dr. Firdaus Abdullah, Koordinator Korporat, Ardiana
        Mazwa Raudah Amir Abdullah, serta kakitangan UiTM Sarawak di samping wakil media.
   11   12   13   14   15   16   17   18   19   20   21