Page 19 - 73rd Issue info kampus : UiTM Sarawak Bulletin
P. 19
BENGKEL 19
INOVASI
SEKOLAH 2016 Oleh: Juferi Idris
niversiti Teknologi MARA (UiTM) Sarawak melalui Pejabat Penyelidikan dan Jaringan Industri dan Research Innovation
Business Unit (RIBU) dengan kerjasama Unit Pembangunan Tenaga Kerja (UPTK), Jabatan Ketua Menteri, Tabung Ekonomi
UGagasan Anak Bumiputera Sarawak (TEGAS), Jabatan Ketua Menteri dan Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak telah
menganjurkan Bengkel Inovasi Sekolah sempena Sarawak Innovation Invention Expo 2017 (SIIDEx 2017). Bengkel ini telah disertai
oleh guru-guru yang terdiri daripada 191 buah sekolah menengah seluruh Sarawak. Bengkel satu hari itu telah diadakan mengikut
zon iaitu utara, tengah dan selatan dan berlangsung di tiga hotel berlainan sekitar negeri Sarawak.
Majlis perasmian bagi ketiga tiga zon tersebut telah disempurnakan pada 10 September 2016 di Hotel Hilton oleh Dr Abdul
Rahman Deen, Pengarah Unit Pembangunan Tenaga Kerja (UPTK), Jabatan Ketua Menteri dan disaksikan oleh PM Dr Rasidah Mahdi,
Timbalan Rektor PJI, En Awangku Merali Pengeran Mohamed, Ketua Pegawai Operasi Tabung Ekonomi Gagasan Anak Bumiputera
Sarawak (TEGAS), Jabatan Ketua Menteri dan Profesor Dr Ku Halim Ku Hamid, penceramah utama bengkel inovasi.
Objektif penganjuran bengkel inovasi ini adalah untuk memberi pendedahan dan ruang untuk perkongsian pengalaman dengan
para guru tentang idea dan kaedah ke arah penghasilan produk inovasi yang berasaskan silibus di peringkat sekolah menengah.
Melalui perkongsian ini, para guru berperanan untuk membantu pelajar menghasilkan produk inovasi yang berasaskan konsep
atau teori yang diajar dalam mata pelajaran sains di peringkat sekolah. Dengan penglibatan secara aktif, pelajar akan lebih
berminat dan akan memberi tumpuan kepada pembelajaran Sains mereka. Ini diharap dapat membudayakan sains dan inovasi
di peringkat sekolah menengah, khasnya dan masyarakat amnya.
Sekolah-sekolah yang dapat menghasikan ciptaan inovasi yang baik dan boleh dimanafaatkan untuk proses pengajaran dan
pembelajaran oleh para pendidik akan dijemput untuk menyertai pertandingan inovasi/pameran iaitu Sarawak Invention,
Innovation and Design Expo (SIIDEx) yang akan berlangsung pada tahun 2017.
Semasa majlis perasmian, Pengarah Unit Pembangunan Tenaga Kerja (UPTK) Jabatan Ketua Menteri telah menyatakan harapan
agar bengkel ini berjaya mencapai objektif yang disasarkan dan bermanfaat kepada semua peserta. Beliau juga berharap, bengkel
seumpamanya akan menjadi medium untuk mendorong peserta menerokai kreativiti ke tahap yang lebih tinggi.
Gambar majlis perasmian bengkel Zon Selatan Gambar – Zon Tengah Gambar - Zon Utara
Penyerahan Zakat Bank Islam kepada UiTM Sarawak
Oleh: Ardiana Mazwa Raudah
ada 14 September 2016, Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) Kota
Samarahan telah menyumbang RM20,000 zakat kepada Universiti
PTeknologi MARA Cawangan Sarawak dalam satu majlis sumbangan
zakat yang diadakan di Bilik Mesyuarat Utama, UiTM Sarawak, Kampus
Samarahan 1. Zakat tersebut diserahkan oleh Yang Berbahagia Dato’
Wan Ismail Wan Yusoh, Penasihat Perniagaan BIMB kepada Profesor
Madya Wan Akil Tuanku Abdullah, Timbalan Rektor Hal Ehwal Pelajar,
UiTM Sarawak.
Menurut Timbalan Rektor Hal Ehwal Pelajar: “Sumbangan ini membolehkan kebajikan dan keperluan asas pelajar
diperbaiki dan akan digunakan untuk menampung perbelanjaan semasa mengikuti pengajian mereka di universiti
ini”. Menurut beliau lagi, pihak pengurusan UiTM sentiasa mencari cara untuk meringankan beban yang dihadapi oleh
para pelajar dalam menghadapi kos yang agak tinggi. Pada masa yang sama, Dato’ Wan Ismail juga mencadangkan
supaya pihak UiTM mewujudkan perkongsian strategik seperti aset wakaf untuk dimanfaatkan oleh masyarakat pada
masa yang akan datang.