Page 12 - 73rd Issue info kampus : UiTM Sarawak Bulletin
P. 12
12
Kayuhan
60 Lagenda
Oleh: Ardiana Mazwa Raudah Bt. Amir Abdullah
ayuhan 60 Lagenda merupakan program ekspedisi berbasikal
yang telah bermula dari 4 Zon Pelepasan iaitu UiTM Cawangan
KPerlis (Zon Utara), UiTM Cawangan Johor (Zon Selatan), UiTM
Cawangan Kelatan (Zon Timur) dan UiTM Cawangan Sabah (Zon
Borneo) yang seterusnya tamat di UiTM Shah Alam. Kayuhan ini
adakan bersempena dengan sambutan ulangtahun UiTM yang
ke-60. Antara objektif yang diselitkan selain memupuk kehidupan
sihat melalui berbasikal, program ini diadakan untuk mengenalpasti
dan mengenang jasa-jasa tokoh alumni UiTM yang banyak berjasa
kepada negara dan UiTM sepanjang penubuhannnya.
Di peringkat UiTM Cawangan Sarawak, program kayuhan ini telah
bermula dari Lawas pada 19 September yang lalu dengan menerima
bendera kayuhan daripada rombongan UiTM Cawangan Sabah.
Semasa di Lawas, simbolik penerimaan bendera Kayuhan 60 Lagenda
telah diterima oleh Yang Berhormat Datuk Hj Abdul Wahab bin Aziz,
Ahli DUN N.33 Kalala, merangkap Presiden Persatuan Alumni UiTM
Sarawak (MITSA) yang juga merupakan alumni UiTM, bersama-sama
dengan Profesor Dato Dr Jamil bin Haji Hamali, Rektor UiTM Cawangan
Sarawak di Tebingan Sungai Lawas. Dari Lawas, simbolik kayuhan
kemudian membawa bendera menuju ke UiTM Cawangan Sarawak,
Kampus Mukah pada 21 September menggunakan kapal terbang.
Sambutan di Kampus Mukah disempurnakan oleh Tuan Haji Khalid
Ibrahim, Penolong Rektor bersama-sama warga kampus tersebut di
Dewan Seri Balau.
Seterusnya simbolik kayuhan ini diteruskan ke Kuching, juga
menggunakan kapal terbang, dan dari Lapangan Terbang Antarabangsa
Kuching, kira-kira 30 pelajar dan staff UiTM Cawangan Sarawak, Kampus
Samarahan berkayuh hingga ke perkarangan Pusat Pelajar Kampus
Samarahan. Kayuhan itu telah melalui jarak lebih kurang 21 km.
Di Kampus Samarahan, para pengayuh disambut dengan meriah
berikutan kedatangan Yang Berhormat Datuk Haji Abdul Karim Rahman
Hamzah, Menteri Muda Perumahan dan Menteri Muda Belia dan Sukan,
yang juga merupakan alumni UiTM Cawangan Sarawak. Turut hadir
pada acara tersebut adalah Profesor Madya Wan Akil Tuanku Abdullah,
Timbalan Rektor Hal Ehwal Pelajar UiTM Cawangan Sarawak dan juga
staf serta para pelajar.