Page 8 - 73rd Issue info kampus : UiTM Sarawak Bulletin
P. 8

8                                Alumni UiTM Sarawak perlu



                                       menggerak semangat wakaf




                                                                                             Oleh: Mohammad Abang
            ara alumni UiTM Cawangan Sarawak digesa supaya menggerakkan semangat
            wakaf di kalangan mereka supaya semangat memberi balik menjadi amalan
       Patau tradisi bagi setiap institusti pengajian tinggi (IPT). Ketua Menteri
        Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem berkata, semangat memberi balik itu perlu
        digerakkan dalam jiwa alumni agar setiap keringat yang pernah dicurahkan
        kepada mereka dapat dinikmati generasi seterusnya.

        “Saya ingin menyeru agar UiTM (Universiti Teknologi MARA) Sarawak menggunakan
        kekuatan alumni mereka yang berjumlah lebih 20,000 sebagai usaha kreatif bagi
        menjana pendapatan. Saya percaya sudah tiba masanya kita menggerakkan
        semangat wakaf di kalangan alumni ini supaya menjadikan semangat memberi
        balik sebagai suatu amalan atau tradisi,” katanya.”

        Beliau berkata demikian menerusi teks ucapannya yang dibacakan oleh
        Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Abang Zohari Tun Abang Haji Openg semasa
        mewakilinya pada Majlis Makan Malam Amal Alumni UiTM Sarawak di Pusat
        Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) baru-baru ini.

        Adenan menjelaskan, sekiranya seorang alumni menyumbang atau menginfak
        sebanyak RM100 sebulan dan dalam tempoh setahun universiti itu mampu
        mengumpul dana endowmen kira-kira RM24 juta.

        “Jumlah  ini  mungkin  nampak  kecil  sahaja  berbanding  perbelanjaan  semasa
        sesebuah universiti tetapi ia boleh meningkat apabila lebih ramai alumni yang
        ingin menyumbang kepada pembangunan pendidikan anak tempatan,” tegasnya.
        Malah, beliau memberitahu bahawa dana endowmen itu juga dapat membantu
        pelajar yang kurang berkemampuan untuk melanjutkan pengajian di peringkat
        tinggi  seiring dengan  hasrat kerajaan untuk  melahirkan lebih  ramai golongan
        profesional di kalangan bumiputera Sarawak.

        “Sebenarnya  pemberian  dana  seperti  ini  bukanlah  suatu  perkara  baharu  bagi
        universiti lain di dunia. Universiti Harvard misalnya yang sudah berjaya mengumpul
        dana endowmen berjumlah lebih AS$20 bilion dan dana ini digunakan untuk
        memberi biasiswa, menyalur bantuan kebajikan dan sebagainya,” tambahnya.
        Pada masa yang sama, Adenan turut melahirkan rasa bangga terhadap UiTM yang
        aktif memainkan peranan menerusi kerjasama yang dijalinkan bersama kerajaan
        dalam memastikan program ditawarkan memenuhi kehendak pasaran.

        “Justeru, saya melihat peranan UiTM Sarawak dalam pembangunan modal insan
        tidak boleh dipandang sepi dan mudah kerana keupayaan serta kepakaran yang
        mereka miliki,” ujarnya.

        Terdahulu dalam ucapannya, Rektor UiTM Sarawak Profesor Dato Dr. Jamil Haji
        Hamali berkata, setelah 43 tahun bertapak di negeri ini UiTM kini menawarkan
        63 program pengajian pelbagai peringkat dengan jumlah pelajar kira-kira 10,000
        orang.

        Pada majlis itu, Abang Zohari turut menyampaikan sumbangan daripada kerajaan
        negeri sebanyak RM100,000, sumbangan daripada beliau sendiri RM50,000 dan
        sumbangan daripada Yayasan Sarawak RM50,000 kepada Tabung Seri Kenyalang
        yang turut dilancarkan pada malam tersebut.

        Hadir sama isteri Abang Zohari Datin Amar Juma’ani Tun Tuanku Bujang, Presiden
        Persatuan Alumni UiTM Sarawak Datuk Abdul Wahab Aziz, Profesor Emeritus Dato’
        Dr. Hassan said, Naib Canselor UiTM dan isteri datin Che Norhayati Salleh, Datuk
        Seri  Nancy  Shukri,  Menteri  di  Jabatan  Perdana  Menteri,  Datuk  Francis  Harden
        Hollis, Menteri Muda Ekonomi Luar Bandar (Kawasan Pedalaman) dan
        Perladangan, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Semop, Encik Abdullah Saidol,
        alumni-alumni serta tetamu lain.
   3   4   5   6   7   8   9   10   11   12   13