Page 7 - 73rd Issue info kampus : UiTM Sarawak Bulletin
P. 7
7
Graduan digesa manfaat
kecanggihan teknologi
Oleh: Mohammad Abang
ara graduan UiTM Cawangan Sarawak digesa supaya menguasai penggunaan teknologi dengan lebih
mendalam yang kebanyakannya digunakan dalam pelbagai bidang industri pada masa kini. Timbalan
PKetua Menteri, YB Datuk Amar Abang Zohari Tun Abang Haji Openg memberitahu, pada masa sekarang,
kemahiran dalam menggunakan teknologi merupakan suatu nilai tambah kepada graduan itu di pasaran kerja.
“Mahir menggunakan teknologi pada masa kini akan memberi nilai tambah kepada seseorang graduan selain
mampu menguasai bahasa Inggeris. Kemahiran menggunakan teknologi yang terhad dan bahasa Inggeris yang
lemah membuatkan graduan itu bukan menjadi pilihan majikan meskipun mempunyai sijil diploma atau ijazah,”
katanya semasa berucap pada majlis makan malam Pra Graduan Sesi Jun 2016-Januari 2017 UiTM yang diadakan
baru-baru ini.
Beliau yang juga Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Kesenian berkata, industri pekerjaan kini berkembang
seiring dengan kemajuan teknologi. Menteri Perumahan dan Urbanisasi Sarawak itu juga berkata, internet
(laman sesawang) yang mula diperkenalkan sekitar 50 tahun yang lalu kini menjadi sebahagian daripada alatan
penting dalam hidup kita apatah lagi dapat diakses menggunakan telefon pintar. Justeru katanya, pelbagai
aplikasi telah diiwujudkan sekali gus memberi peluang perniagaan seperti perkhidmatan teksi uber, ejen
pelancongan dan sebagainya.
“Kombinasi pelbagai teknologi membawa kepada dimensi baharu dalam kehidupan sejagat. Sebagai contoh,
para doktor, jurutera, ahli biologi, ahli geologi dan sebagainya harus mahir dalam menggunakan teknologi
untuk membuat kajian yang tepat kerana kajian mereka ini akan digunakan pula oleh pelbagai industri sebagai
rujukan,” tegasnya.
Sehubungan itu, beliau mengingatkan para graduan supaya terus memperkasa diri mereka dengan teknologi
untuk mengangkat imej mereka agar lebih tinggi di pasaran kerja kelak. Sementara itu, Rektor UiTM Cawangan
Sarawak, Profesor Dato Dr. Jamil Haji Hamali memberitahu, seramai 637 pelajar ijazah sarjana muda dan 965 pelajar
diploma dijangka menamatkan pengajian masing-masing semester ini. Beliau berharap agar para graduan UiTM
akan sentiasa menjaga nama baik universiti keramat itu pada bila-bila masa walaupun selepas menjadi pelajar.
Pada majlis berkenaan, pelajar Fakulti Kimia Perindustrian, Nadia Athira Yunus diumumkan sebagai penerima
Anugerah Pelajar Terbaik Keseluruhan (Diploma) manakala pelajar Fakulti Teknologi dan Pengurusan Ladang
(Kepujian) Mohd Hafiz Abdullah pula penerima Anugerah Pelajar Terbaik Keseluruhan (Ijazah Sarjana Muda).