Page 105 - Nilai Shahid al-Quran
P. 105

Namun  kini  kajian  SQ  mula  dilakukan  dengan  lebih  serius  dan  melibatkan

                              penemuan  baharu  dalam  bidang  ini.  Kajian  lebih  mendalam  dilakukan  di


                              peringkat  doktor  falsafah  seperti  kajian  Taqi  (2011)  yang  telah  menemukan

                              tawjih  di  sebalik  rasional  sesuatu  shahid  itu  digunakan.  Begitu  juga  al-


                              Dhunaybat  (2008)  melalui  penerokaannya  terhadap  SQ  telah  menjawab  isu

                              yang agak besar dalam bidang ini, iaitu kajian tersebut mendapati bahawa SQ


                              bukanlah pencetus  perselisihan pendapat  sebaliknya ia datang dalam banyak

                              keadaan sebagai pendamai dalam kalangan pendapat tokoh tatabahasa.




                                                     c
                              v.     Kajian huraian (i rab) SQ
                              Kajian SQ turut didapati dalam bentuk kajian huraian SQ yang terdapat dalam


                              karya utama tatabahasa. Kajian berkenaan mengumpul kesemua SQ seterusnya

                                          c
                              melakukan i rab seperti yang dilakukan ke atas kitab Sharh Qatr al-Nada wa

                                                                                       c
                              Ball al-Sada oleh al-Khawwam (2004) dan kitab Sharh Ibn  Aqil oleh beberapa
                              orang  sarjana,  iaitu  Al-Jarjawi  (n.d.),  Qasim  (2004)  dan  Abdul  Jawwad


                              Hussain (Al-Mulhim, 2006).




                       2.2.4.3  Kritikan terhadap kajian SQ dalam tatabahasa

                       Analisis  sorotan  literatur  secara  sistematik  sebagaimana  yang  ditunjukkan  dalam

                       Jadual  2.1  sebelum  ini  memberi  maklumat  bahawa  kajian  terdahulu  berkaitan  SQ


                       dalam  tatabahasa  telah  membantu  kajian  ini  bagi  meneliti  perkara  yang  telah

                       dilakukan di samping mencari ruang yang ditinggalkan dalam bidang ini.




                       Sebagaimana  yang  telah  disebutkan  bahawa  kajian  SQ  lebih  didominasikan  oleh


                       kajian menggunakan pendekatan kualtitatif, iaitu sebanyak 17 daripada 19 kajian yang



                                                               87
   100   101   102   103   104   105   106   107   108   109   110