Page 110 - Nilai Shahid al-Quran
P. 110
ii. Kitab Tashil sememangnya dikarang oleh seorang tokoh tatabahasa
Arab yang berpengaruh dan menjadi idola dalam kalangan pencinta bahasa
Arab di Nusantara (Adnan Suemae, 2005; Wan Mohd Shaghir, 2005). Selain
itu, kitab ini masih dipelajari sehingga kini di pondok-pondok di beberapa
buah negara Nusantara termasuk Malaysia, Indonesia dan wilayah Patani Darul
Salam, Thailand (TT-T2/2). Alasan memilih korpus atas sebab ketokohan
pengarang ini selari dengan kajian yang dilakukan oleh Gully (1997), al-
Dhunaybat (2008) dan Zamri & Kaseh (2011).
iii. Kitab Tashil dipilih sebagai korpus kajian adalah atas alasan
mengetengahkan tokoh tatabahasa tempatan dan termasuk juga alasan
kemasyhuran karya ini dalam bidang tatabahasa sama ada di peringkat
Nusantara mahupun antarabangsa (Wan Mohd Shaghir, 2005). Alasan ini
selari dengan beberapa kajian yang dilakukan oleh para pengkaji sebagaimana
yang disebutkan di atas.
2.2.4.4 Rangsangan kajian SQ dalam tatabahasa
Analisis sorotan literatur secara sistematik sebagaimana yang ditunjukkan dalam
jadual 2.1 sebelum ini juga memberi maklumat tentang beberapa rangsangan atau latar
belakang kajian SQ itu dilakukan.
Rangsangan utama yang menjadi pemangkin kepada kajian SQ adalah untuk
mengetengahkan usaha tokoh tatabahasa dalam memanfaatkan al-Quran sebagai
sumber utama dalam tatabahasa. Rangsangan ini bagi menjawab persoalan atau
dakwaan beberapa pengkaji yang menyatakan bahawa sarjana tatabahasa terutama
92