Page 111 - Nilai Shahid al-Quran
P. 111
sarjana silam tidak menjadikan al-Quran sebagai sumber utama sebaliknya mengambil
syair dan ujaran Arab sebagai ganti (Imran et al., 2014).
Rangsangan seterusnya adalah masih terdapat kekurangan sumber rujukan tatabahasa
yang membincangkan secara khusus dan meliputi keseluruhan aspek tentang SQ.
Faktor ini telah mengundang kajian dilakukan bagi melihat kepenggunaan SQ dari
segi pola dan fungsi SQ tersebut (Dajlan, 1987; Zamri & Kaseh, 2011).
Rangsangan berikutnya adalah dakwaan bahawa penggunaan SQ mencetuskan
perselisihan pendapat dalam tatabahasa. Untuk itu, satu kajian menggunakan kitab
utama dalam perselisihan telah dilakukan bagi meneliti kesahihan dakwaan yang
berkenaan. Pengkaji akhirnya mendapati bahawa dakwaan yang dikemukakan itu
tidak berasas sama sekali kerana SQ didatangkan bagi merungkaikan perselisihan
bukan sebagai pencetus kepadanya (Al-Dhunaybat, 2008).
Antara rangsangan yang turut menarik kajian SQ adalah keinginan para pengkaji
untuk meneliti penggunaan shahid jenis ini dalam karya agung tatabahasa terutama
seperti al-Kitab karangan Sibawayh, al-Muqtadab karangan Al-Mubarrid dan
beberapa karya Ibn Hisham. Walau bagaimanapun, karya tatabahasa yang kurang
tersohor seperti karya Ibn Fallah Al-Yamani turut menarik perhatian dengan alasan
pengkaji itu sendiri yang ingin meneliti penggunaan SQ dalam karya berkenaan (Al-
Awadi & Al-Asadi, 2010).
Mutakhir ini, kajian makna atau semantik kepenggunaan SQ telah menjadi antara
c
c
rangsangan yang menarik perhatian (Al-Sa di, 2014; Ata Allah, 2012). Hal ini
93