Page 115 - Nilai Shahid al-Quran
P. 115
iii. Al-Salah wa al-Istiqamah (baik dan berterusan), kerana nilai adalah
sesuatu perkara yang baik seperti sifat agama Islam yang baik kepada umat
manusia dan ia juga bersifat baik yang berterusan untuk kehidupan di dunia
hingga akhirat.
Ketiga-tiga makna al-qimah yang disebutkan di atas, iaitu sesuatu yang bersifat tetap,
dapat menjaga keelokan dan kualiti serta memiliki ciri baik dan berterusan dilihat
memenuhi definisi nilai dalam bahasa Melayu dan value bahasa Inggeris. Dapatan ini
pula selari dengan maksud nilai dari segi bahasa yang diingini dalam kajian ini.
2.3.1.2 Definisi nilai dari segi istilah.
Hakikatnya perkataan nilai (value atau al-qimah) telah digunakan dalam pelbagai
bidang atau disiplin ilmu sejak lebih dari seribu lima ratus tahun yang lalu. Walau
bagaimanapun terdapat kesukaran dalam menetapkan satu makna istilah bagi
perkataan nilai secara tepat untuk meraikan penggunaannya dalam pelbagai bidang
tersebut (Al-Jalad, 2013). Dibawakan beberapa definisi istilah bagi perkataan nilai
yang digunakan dalam bidang-bidang yang berbeza.
Dalam bidang ekonomi, istilah nilai merujuk kepada sesuatu perkara yang mempunyai
harga sama ada mahal atau murah. Perkara berkenaan kebiasaannya boleh diwakilkan
dengan nilai mata wang. Sebagai contoh nilai mata wang RM1 lebih murah
berbanding nilai mata wang RM10. Begitu juga nilai mata wang USD1 adalah lebih
mahal atau tinggi harganya berbanding RM1. Dalam bidang ekonomi juga, barangan
yang berlebihan akan mengalami keadaan susut nilai akibat permintaan yang rendah
sebaliknya harga barangan akan menjadi lebih mahal jika permintaannya adalah
97