Page 117 - Nilai Shahid al-Quran
P. 117

nilai-nilai yang dibawa oleh agama Islam. Salah satu nilai sosial masyarakat Melayu

                       adalah mereka sangat menyanjung tinggi nilai sopan santun sehingga bangsa Melayu


                       terkenal di seluruh dunia dengan sifat sopan santun (Noriati, 2005).




                       Dalam bidang pengajian moral perkataan nilai dikaitkan pula dengan peribadi mulia

                       seseorang  manusia  bagi  membentuk  istilah  nilai  murni.  Nilai-nilai  murni  yang


                       dimaksudkan seperti jujur, ikhlas, baik hati, dedikasi, rajin, integriti dan sebagainya.

                       Seseorang dikatakan memiliki jiwa dengan nilai yang murni sekiranya bersifat dengan

                       sifat-sifat kerohanian tersebut (Mohamad Khairi & Asmawati, 2010). Begitu juga nilai


                       dalam  bidang  matematik  telah  digabung  jalinkan  dengan  perkataan  lain  bagi

                       membentuk nilai formalistik dan nilai kebolehcapaian (Mohd Uzi et al., n.d.).




                       Melalui  perbincangan  di  atas  dapatlah  dibuat  kesimpulan  bahawa  terma  nilai  tidak


                       dapat difahami maksudnya secara istilah melainkan jika ia digabung jalinkan dengan

                       sesuatu perkataan yang lain. Hasil gabungan tersebutlah yang akan melahirkan satu


                       istilah tertentu bagi nilai sebagaimana yang dikehendaki. Selain itu, sesuatu perkara

                       apabila  memberi  kualiti  atau  mempunyai  penilaian  yang  tinggi  pada  diri  seseorang


                       atau bidang, maka ia akan disandarkan kepada perkataan nilai. Hal ini demikian bagi

                       membolehkan  kualiti  atau  penilaian  yang  tinggi  tersebut  berdiri  sebagai  satu  nilai

                       tersendiri yang boleh dikongsi dan dimanfaatkan oleh orang lain pula.




                       Sebagai contoh, hak asasi manusia akan berdiri sebagai satu nilai yang tersendiri bagi


                       mereka yang memperjuangkannya melalui istilah nilai hak asasi manusia. Terma nilai

                       hak  asasi  manusia  ini  bermakna  sesiapa  yang  menolak  hak  asasi  manusia  pada


                       pandangan mereka adalah tidak bernilai.



                                                               99
   112   113   114   115   116   117   118   119   120   121   122